Ayat Untuk Cinta [3]
Tuesday, December 18, 2007
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Cinta... aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu [jika ada izin-Nya, kebahagiaan kita bersama berdua]. Andai takdir cinta terus tak menyebelahi kita, aku tak akan pernah putus-putus untuk mendoakan kebahagiaanmu. Aku mahu kau tahu, biarpun sedetik cuma... aku cukup bahagia bersamamu.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Cinta... aku harap harapanmu tak padam, kepercayaanmu tetap teguh, kasihmu tak akan mati dan keyakinanmu tetap utuh. Jika pun semua itu kau mampu pertahankan bukan untuk dan keranaku, biarlah ia untuk dirimu... kerana aku sayang kepadamu.
0 ulasan:
Post a Comment