Ayat Untuk Cinta [2]

Saturday, December 15, 2007


Cinta...
Kasihku kepadamu mungkin ibarat menggenggam sebutir telur - apabila kugenggam terlalu kuat ia akan pecah; dan jika kugenggam terlalu lemah ia kan terlepas lalu terhempas, pecah jua sudahnya!

Kasih sayang ini kuberikan kepadamu sebanyak yang kumampu; aku mahu kau bahagia dengannya. Namun, dengan ketidakpastian yang menghiasi jalinan kita, kasih sayang itu membuatmu semakin sakit, dan teramat sakit! Aku tahu itu kerana aku juga dapat merasakan kesakitan yang serupa.

Kita menghimpun bahagia namun takdir kasih kita mungkin tak mengizinkannya begitu, Cinta. Hakikat kasih ini mungkin menyatakan bahawa kita harus berhenti seketika, atau mungkin selamanya. Tak akan kubunuh kasih untukmu, kusimpan ia di sudut hati paling dalam. Andai takdir kasih kita berubah suatu masa nanti, kuharap tertebuslah kasih tertangguh ini.

Ada pedih menyiat di tangkai hati
Bukan kerana hirisan sembilu kasih
Takdir menyita kasih kita di sini
Tak terhenti kasihku kepadamu
Dengan penuh harap mengikis sesal
Impian tak sampai masihkah boleh digapai
Andai di depan sana ada keajaiban
Benih kasih disiram bertunas kembali
Kasih tertunda ini kan menghapus duka

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP