Cinta Tak Ada Kesudahannya...

Thursday, November 1, 2007

Sudah menjelang November, kita semakin berada di penghujung 2007 - tahun yang cukup-cukup banyak ujian serta dugaan, namun ia tetap menghidangkan kegembiraan dan kebahagiaan.

Tahun lalu, pada waktu-waktu beginilah hati dilanda resah gelisah. Notis penutupan Blues Selamanya sekaligus pemberhentian staf-stafnya dah ada dalam tangan. Cuma menanti kata putus yang benar-benar putus! Namun rezeki masih ada, notis itu 'disenyapkan' untuk tempoh setahun. Khabar tidak enak itu terpaksa disebarkan kepada semua, agar 'lebih bersedia' menghadapi kehilangan. Dalam tempoh setahun itu juga menanggung beban yang berat, menanggung ketidak-selesaan bekerja dan kehidupan.

Dateline! Dateline! Dateline! Dateline setiap minggu sehingga ia benar-benar memenjara kehidupan! Di masa pada waktu-waktu tertentu berasa diri sudah 'dead' - kematian perasaan! Dalam masa yang mematikan itu, ada selingan-selingan indah yang dirasakan menghidupkan kembali kehidupan.

Semua orang bagai melupakan tentang 'kemungkinan kehiliangan' itu. Sehinggalah 27hb Ogos 2007, segalanya menjadi kenyataan. Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-50, kami pun 'dimerdekakan' secara rasmi! Ada sejuta rasa yang tiba, sampai-sampai tak mampu untuk dikatakan selain kebisuan. Dalam senyap-senyap, dalam rasa sedih pilu dan entah apa-apa lagi tu, ada SATU RASA yang terlepas bebas keluar dari dalam diri ini. Segala rasa beban selama setahun menanggung notis, selama lima tahun menatang Blues Selamanya, selama sepuluh tahun bernaung di bawah bumbung MOY. Tak apalah... redha kerana memang tertulis dan rezeki setakat itu. Beban-benab baru yang pasti bermula harus dihadapi.

Menjadi penganggur dalam usia begini pelih juga rasanya. Walaupun sebelum-sebelum ini biasa buat kerja di rumah, tetapi masih ada kerja tetap yang boleh disandarkan harapan. Sakit menghadapi semuanya tapi kena fikir hikmahnya. Walau hikmah itu tak 'wujud' di depan mata, tapi memang banyak yang dapat 'dilihat'.

Terima kasih untuk untuk semua yang ada di sekeliling kerana sentiasa cumba mamahami, terutama adik-adik yang sentiasa ada untuk menyengal. Kesengalanmu kukenang jua sampai mati... eheheheh! Kita jumpa di Gath Aci2 nanti yer, insya-Allah.

Hari ini - Selamat Hari Lahir untuk abang yang ada di kampung. Setelah puluhan tahun bernafas, mungkin inilah kali pertama mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Beberapa minit selepas SMS, dia call... katanya, "Aku pun dah lupa tarih lahir aku! Terima kasih kerana ingatkan..."

Dia abang yang baik, tetapi tidak bernasib baik dalam kehidupan. Mungkin silap perhitungan, atau mungkin silap memilih kawan dan persekitaran yang tak membantu. Dia adalah abang idola aku kerana sejak dia darjah satu sampai darjah enam, dia tak pernah dapat nombor 3 dalam peperiksaan. Dalam report cardnya cuma ada nombor 1 dan 2 sahaja! Dan, seingat aku paling teruk markah yang dia dapat dalam apa-apa subjek adalah 99/100.

Di sekolah, abang bersaing dengan dua lagi rakannya - seorang lelaki seorang lagi perempuan. Tamat darjah enam abang dapat biasiswa kerajaan negeri dan masuk sekolah terpilih. Maka, bermulalah keruntuhan dalam hidupnya. Belajar di asrama penuh dan sekolah semua lelaki. Setelah puluhan tahun berlalu, setelah abang 'merosakkan' kehidupannya, tiga tahun lepas dia bercerita tentang rahsia yang disimpan selama ini - tak siapa tahu! "Sekolah aku dulu tu ramai gay! Sebab aku melawan, aku bergaduh dengar senior... aku kene buang sekolah..."

Mudah-mudahan segalanya menjadi pengajaran.

"Cinta itu satu kelemahan... kerana ia berputik, kembang dan mekar dengan sendiri!" Ungkapan ini selalu bermain di minda sejak dulu. Dan, ia memang benar kerana cinta yang sebenar-benarnya adalag semulajadi. Kita tak perlu mempupuk, ia kan datang sendiri jua di hati. Entahlah... cinta memang tak ada huraian terperinci - kita yang merasakannya saja yang tahu. Pengalaman-pengalaman cinta banyak mengajar kita tentang hidup.

andai cinta mengundang sakit di hati
haruskan kau lepaskannya pergi
atau biarlah ia terus bersemi kemudian mati sendiri
cinta tertangguh ini kan kusimpan jua
kerana mungkin suatu masa
cahaya cinta bersinar untuk kita

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP