pesanan cinta [satu]
Wednesday, October 31, 2007
dalam setiap hembusan angin kutitip pesanan cinta
yang meresap ke segenap liang-liang dan seluruhnya
memenuhi relung-relung kasih tak terbendung
ketika langit malam membisu seribu bahasa
bulan pula bagai menyimpan rahsia serta tak mahu bicara
dan bintang seperti tak mahu bermesra
aku meredah duri-duri cinta sampai ke hujungnya
dengan luka-luka dengan langkah yang kian lara
cukup bahagia sekadar menatap matamu yang bercahaya
senyummu tak dipaksa tapi bersulam derita
tawamu penawar duka tapi berhias sengsara
wahai kekasih, kitakah yang bersalah
menyemai benih cinta ini menjadi subur?
siapakah di antara kita yang lebih berdosa
kerana suatu hari nanti terpaksa membunuh cinta?
telah terlepas seribu keluh
bukan sesal yang berlabuh
cuma... aku merenung cintaku yang terus tertanguh!
0 ulasan:
Post a Comment