Cinta Indah & Mudah

Wednesday, October 31, 2007

Cinta seperti lain-lain hal dalam kehidupan kita juga - keperluan atau keinginan! Sebenarnya, terpulang kepada masing-masing untuk meletakkannya di mana dan bagaimana [letaklah di mana-mana pun, cinta tak akan kecil hati]. Apa yang pasti, semua orang ingin mencintai dan dicintai. Juga, begitu ramai yang memerlukan cinta kasih sayang dalam hidupnya.

Tak ada siapa pun yang 'bijak-cinta', malah tak ada juga yang 'tolol-cinta'. Cuma mungkin kita seringkali melihat ada di kalangan kita yang menjadi bijak kerana cinta dan ada pula yang menjadi begitu tolol kerana cinta. Yang bijak kerana dia mampu mengawal rasa cintanya, mampu melawan gelora cinta yang melanda - lalu segalanya menjadi damai dan tenang. Cinta yang datang begitu menyamankan kehidupannya. Hidup penuh dengan bunga-bunga! Manakala yang menjadi tolol kerana dia mungkin tak tahu untuk apa cinta ityu. Ada apa dengan cinta - persoalan yang dia tak pernah tahu jawapannya. Lalu dia mungkin melakukan kebodohan-kebodohan yang dirasakannya sudah pandai.

Cinta itu berjuta-juta rasanya, maka siapakah di antara kita yang mampu menafsirkan bagaimana rasa cinta itu? Mampukah kita mendifinisikan rasa yang ada dalam berjuta-juta itu? Malah, rasanya untuk merungkai, melerai, mengasingkan rasa-rasa yang ada dalam berjuta-juta itu juga kita tak mampu.

Jatuh cinta - sedap ke sakit ya? Ada yang kata makin cinta makin sakit jiwanya. Makin dalam rasa cinta makin lemas dibuatnya. Makanya, cinta itu menyedapkan atau menyakitkan? Berapa kali kita harus jatuh cinta untuk rasa bahagia? Ada yang bertanya begitu. Entahlah! Kalau tak sekali... sejuta kali barangkali. Cinta pertama indah katanya, tapi cinta pertama itu bila berlaku sebenarnya? Pertama kali bertemu lalu jatuh cinta, begitukah? Atau setiap kali bertemu seseorang buat pertama kali lalu jatuh cinta boleh ditafsirkan sebagai cinta pandang pertama?

Cinta itu indah dan mudah - jika kita benar-benar tahu apa, siapa dan bagaimana cinta yang benar. Bercintalah - bercinta dengan betul dan benar. Insya-Allah... bahagia dunia akhirat.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP