Belajar Bercinta : Bab Tiga Puluh

Wednesday, February 14, 2007


Jika ia adalah cinta, ia tidak mendengar…
Namun sentiasa bergetar!

Jika ia adalah cinta, ia tidak buta...
Namun sentiasa melihat dan merasa!

Jika ia adalah cinta, ia tidak menyeksa...
Namun sentiasa menguji!

Jika ia adalah cinta, ia tidak memaksa...
Namun sentiasa berusaha!

Jika ia adalah cinta, ia tidak cantik...
Namun sentiasa menarik!

Jika ia adalah cinta, ia tidak datang dengan kata-kata...
Namun sentiasa menghampiri dengan hati!

Jika ia adalah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata...
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hanya berjanji...
Namun sentiasa cuba memenuhi!

Jika ia adalah cinta, ia mungkin tidak suci...
Namun sentiasa harmoni!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir kerana permintaan...
Namun hadir kerana ketentuan!

Jika ia adalah cinta, ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan!


[ Masihkah kamu mengharapkan cinta seseorang yang tak pernah cuba dibuktikannya? Apakah itu yang kamu katakan sebagai sebuah penantian atau kesetiaan, atau ia sekadar sebuah kesia-siaan? Tak ada definisi tentang bagaimana cinta itu, tetapi sebahagian dari cinta itu adalah memberi dan menerima. Tanyakan kepada diri kamu; andai kamu sudah memberi, sudahkah kamu menerima? ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP