Belajar Bercinta : Bab Tiga Puluh Satu

Thursday, February 15, 2007


Manusia makhluk yang beremosi dan sukar diduga. Ada hal-hal yang ingin kamu diucapkan, tetapi adakala tak pernah terungkapkan. Malah lebih rumit lagi, kamu terbiasa dengan symbol atau kata-kata lain untuk menggambarkan maksud tersirat. Lalu seringkali maksud kamu itu tidak jelas dan sampai kepada maksud sebenar serta membuat orang lain terasa kecil hati, rasa diabai, rasa tak disayang dan dihargai.

Memang, ada waktunya kamu berasa tak selesa untuk mengekspresikan cinta yang kamu rasa. Mungkin bimbang akan memalukan orang lain, atau diri sendiri, kamu ragu-ragu untuk mengatakan, “I Love You”. Lalu, kamu menyampaikan perasaan itu melalui ungkapan lain; “jaga diri baik-baik”, “belajar yang sungguh-sungguh”, “hati-hati di jalan”, “jangan terburu-buru”, “jangan lupa makan”. Sebenarnya, semua itu adalah perkataan lain lain dari maksud perkataan yang sebenar-benarnya iaitu; “saya sayang kamu”, “saya ambil peduli tentang kamu”, “kamu sangat bererti buat saya”, “saya tak mahu kamu terluka”.

Makanya tak ada salahnya kamu cuba MENDENGARKAN CINTA melalui kalimah-kalimah yang dikatakan orang lain. Ungkapan khas itu penting, tapi bagaimana kamu mengungkapkannya adalah jauh lebih penting. Setiap dakapan bermakna cinta walau kata-kata yang keluar sangat berbeza. Setiap perhatian yang diberikan orang lain menyimpan cinta walau ia kaku atau kasar. Yang pasti, kamu harus mencari dan mendengar cinta yang ada di sebaliknya.

Cinta boleh diungkapkan dalam dalam banyak cara – hadiah ulang tahun, pesanan-pesanan kecil, senyuman, atau air mata. Cinta bukan hanya ada dalam kata-kata, tapi juga di dalam diam. Dan seringkali kamu menunjukkan cinta dengan memaafkan orang yang tak mahu mendengar cinta yang kamu sampaikan.

Masalah dalam “mendengarkan cinta” adalah kesulitan dan keterbatasan untuk mengerti bahasa cinta yang digunakan oleh orang lain. Yang kerap terjadi, kamu sering tidak mahu mendengarkan orang lain. Kamu mendengar kata-kata, tapi kamu tak mempertimbangkan ekspresi atau tindakan-tindakan yang mengiringi kata-kata itu. Sering juga kamu cuma dapat mendengar hal-hal negatif, penolakan, salah faham dan mengabaikan cinta yang menjadi dasarnya.

Dengarlah seluruh cinta yang ada di sekitar kamu. Jika kamu berusaha mendengarkan, kamu akan temui bahawa kamu sebenarnya memang dicintai. Mendengarkan cinta boleh membuat kamu sedar bahawa dunia ini adalah tempat yang begitu indah.

Cinta adalah anugerah
Membuat kamu tertawa
Membuat kamu bernyanyi
Membuat kamu sedih
Membuat kamu menangis
Membuat kamu bertanya, “Kenapa?”
Membuat kamu menerima
Membuat kamu memberi
Dan yang paling penting, membuat kamu hidup!

Memang kehadiran itu penting; kamu tak perlu merasa kesepian meski kamu sendirian. Sendiri itu perlu, tetapi jangan ia membuat kamu kesepian. Yang menjadi masalah bukan berada bersama seseorang, tetapi berada untuk seseorang.

[ Jangan pernah ragu nyatakan cinta. Jujurlah dengan apa yang kamu rasa dan katakan. Tak ada ruginya mengekspresikan diri. Ambil kesempatan untuk mengungkapkan kepada seseorang betapa pentingnya dia buat kamu. Lakukan dan buat perubahan, hindari penyesalan di kemudian hari. Cinta memang ada untuk ditebarkan. Dan saat cinta yang kamu berikan diterima, atau dibalas, itulah saat hidup menjadi penuh makna, insya-Allah. ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP