Belajar Bercinta : Bab Dua Puluh Sembilan

Tuesday, February 13, 2007


Teruna dan Dara sedang duduk bersama di taman tasik tanpa melakukan apapun. Hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat yang lain - Akma, Putri, Famia, Nessa, DZ, Katt, Cekdu, Acik, In dan Tee sedang asyik dengan couple masing-masing.

“Bosannyer. Aku harap aku juga punya akan punya kapel yang boleh berkongsi waktu denganku,” kata Dara perlahan.

"Huhuhu, nampak gayanya cuma tinggal kita berdua jer yang solo, Dara,” balas Teruna sambil melepas keluhan. Turun kedengaran Dara melepaskan keluhan yang serupa.

"Hum... apa kata kita main satu permainan. Ni besh punya game!" tiba-tiba Dara bersuara.

“Huh? Game ape?”

"Mudah jer... kau jadi balak aku dan aku jadi awek kau, tapi hanya untuk 100 hari saja. Amacam, besh?” jelas Dara.

"Okey gak tu, aku rela jer..." balas Teruna.

"Kau ni macam tak semangat jer. Okeh, hari ini akan jadi hari pertama kita berkapel. Apa kita nak buat hari nih?” kata Dara.

"Apa kata kita tengok wayang?”

"Beres! Jom, kita g skang. Pah tu apa kata kita gi karaoke lak."


Hari ke 2:
Teruna dan Dara menghabiskan sembang-sembang di kafe, suasana kafe yang remang-remang dan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Teruna membeli sebuah rantai perak dengan loket bintang untuk Dara.

Hari ke 3:
Mereka pergi ke shopping complex mencari hadiah untuk seorang sahabat Teruna. Setelah lenguh lutut keliling shopping complex, mereka membeli sebuah model kereta mini. Setelah itu mereka beristirahat di foodcourt, makan sepinggan mee goreng dan kongsi ABC.

Hari ke 7:
Bermain boling dengan teman-teman Teruna. Tangan Dara terasa sakit kerana menggunakan bola boling yang terlebih berat [saja jer, taktik]. Teruna mengurut-urut tangan Dara dengan lembut.

Hari ke 25:
Teruna mengajak Dara makan malam di Port Klang. Bulan sudah menampakan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Dara memandang langit, dan dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41:
Hari ulang tahun kelahiran Teruna. Dara membuatkan [tempah] kek ulang tahun untuk Teruna. Bukan kek itu yang utama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek itu menjadi yang terbaik. Teruna terharu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67:
Menghabiskan waktu di KLCC. Makan eskrem bersama dan mengunjungi kedai permainan. Teruna menghadiahkan sebuah teddy bear untuk Dara, dan Daramenghadiahkan sebatang pen untuk Teruna.

Hari ke 72:
Jalan-jalan keliling Putrajaya. Lepak-lepak tepi tasik. Kemudian mereka ke Alamanda untuk isi perut. Sewaktu melewati sebuah kedai buku Dara terpandang sebuah ungkapan pada sebuah buku; 'Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang'.

Hari ke 84:
Teruna mencadangkan agar mereka ke pantai. Pantai PD agak sepi kerana ketika itu bukan musim cuti. Mereka melepaskan menyusur sepanjang pantai, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka.

Hari ke 99:
Teruna memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan santai dan sederhana. Mereka ronda keliling bandaraya dan akhirnya duduk di sebuah taman.

Jam 3.20 petang.
“Aku dahaga, kita rehat sebentar," kata Dara.

“Tunggu di sini, aku beli minuman ya?”

“Takper, biar aku jer yang pegi beli. Kau kan penat drive seharian.”

Teruna mengangguk, kakinya memang sengal seharian itu mereka asyik terperangkap dalam kesesakan.

Jam 3.30 petang.
Teruna sudah menunggu selama 10 minit tapi Dara belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tak dikenal berlari menghampirinya dengan wajah panik.

“Kenapa ni?” tanya Teruna.

“Ada seorang perempuan ditempuh kereta. Kalau tak silap dia tu yang bersama kamu tadi,” Teruna segera berlari bersama dengan lelaki itu.

Di sana, di atas jalan raya yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Dara bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Teruna segera memecut keretanya membawa Dara ke hopital terdekat. Teruna duduk di luar ruang kecemaan selama 8 jam 10 minit. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

Jam 10:53 malam
“Maaf, tapi kami sudah mencuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menemukan surat ini dalam poket bajunya,” doktor itu memberikan surat yang terkena percikan darah kepada Teruna dan dia segera masuk ke dalam wad untuk melihat Dara. Wajahnya pucat tetapi terlihat damai. Teruna duduk di sisi katil Dara dan menggenggam tangan Dara dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Teruna merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran air mata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Dara untuknya.

[ Terunaku… 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang kulalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kamu sukar diduga, tapi semua itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku. Aku sudah menyedari bahawa kau adalah lelaki yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya. Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita boleh memperpanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang kuucapkan pada bintang jatuh malam itu di pantai, 'Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku'. ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP