Belajar Bercinta : Bab Tiga Puluh Dua

Friday, February 16, 2007


Sejak awal lagi, keluarga Kasih tidak menyetujui hubungannya dengan Teruna. Mereka beralasan mengenai latar belakang keluarga Teruna - jika Kasih memaksa terus bersama dengan Teruna, dia akan menderita seumur hidupnya. Penderitaan yang mungkin tak dapat ia tanggungkan. Kerana tekanan dari keluarganya, Kasih mulai sering bertengkar dengan kekasihnya. Dayang itu benar-benar mencintainya, dan dia terus-menerus bertanya, “Seberapa mana kamu mencintaiku?”

Teruna tidak begitu pandai berbicara, dia selalu membuat kasih marah. Dan komen-komen dari orang tua membuatnya bertambah kesal. Teruna selalu menjadi sasaran pelapas kemarahannya. Dan, Teruna selalu membiarkan Kasih melampiaskan kemarahan kepadanya.

Tidak berapa lama kemudian, Teruna pun tamat pengajiannya di IPT. Dia berniat untuk menyambung study ke luar Negara. Sebelum pergi, dia melamar Kasih, “Saya tidak tahu bagaimana mahu mengucapkan kata-kata manis, tapi saya tahu bahawa saya sangat-sangat mencintai kamu. Jika kamu setuju, saya ingin menjagamu seumur hidupmu. Tentang keluargamu, saya akan berusaha untuk mengambil hati dan meyakinkan mereka agar merestui hubungan kita. Mahukah kamu menikah denganku?”

Kasih setuju. Keluarganya pula setelah melihat kesungguhan dan usaha Teruna, akhirnya merestui hubungan mereka. Sebelum Teruna itu berangkat, mereka bertunang terlebih dahulu. Kasih tetap tinggal di Bandar kelahirannya dan bekerja, sementara Teruna meneruskan kuliahnya di London. Mereka sentiasa berhubungan melalui e-mail, sms dan telefon. Kadang-kadang timbul kesulitan, tapi mereka tidak menyerah terhadap keadaan.

Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari kerja, Kasih mengalami kemalangan – langgar lari! Kasih tak sedarkan diri beberapa hari. Ketika sedar kembali, dia melihat kedua orang tuanya dan betapa bersyukurnya dia kerana masih diberi peluang untuk hidup. Melihat air mata kedua orang tuanya, Kasih berusaha untuk menghibur mereka.

Namun… Kasih tidak dapat berbicara sepatah pun. Akibat kemalangan itu dia menjadi bisu. Menurut doktor kecelakaan tersebut telah mencederakan otaknya, dan hal itu menyebabkan Kasih bisu seumur hidup. Kasih dapat mendengar orang tuanya memujuknya, tapi tidak dapat menjawab sepatah kata pun.

Sepanjang hari Kasih hanya mampu menangis dan membisu. Kemudian Kasih dibenarkan pulang tetapi masih mendapat rawatan seperti biasa di rumah. Dia menjadi cukup pilu setiap kali mendengar telefon berdering. Dering itu telah menjadi mimpi terburuknya. Dia tidak dapat mengatakan khabar buruk itu kepada Teruna dan ia menjadi bebannya. Lalu Kasih menulis sepucuk surat untuk Teruna, meminta Teruna tidak lagi menunggunya. Dia mengambil keputusan memutuskan hubungan antara mereka! Bahkan Kasih mengembalikan cincin pertunangan mereka. Teruna begitu terkejut namun dia tak mampu berbuat apa-apa ketika itu.

Ayah kasih tidak tahan melihat penderitaannya, dan memutuskan untuk berpindah. Berharap Kasih dapat melupakan segalanya dan menjadi lebih bahagia.

Pindah ke tempat baru, Kasih mulai belajar bahasa isyarat. Dia berusaha melupakan Teruna. Suatu hari sahabatnya memberitahukan bahawa Teruna telah kembali ke tanah air dan mencarinya ke mana-mana. Dia meminta sahabatnya untuk tidak memberitahu di mana dia tinggal dan menyuruh Teruna melupakannya.

Lebih dari setahun, tidak terdengar lagi khabar Teruna sehingga suatu hari sahabat Kasih membawa khabar bahawa Teruna akan menikah dan menyerahkan surat undangan kepadanya. Perlahan-lahan dan penuh debar Kasih membuka surat undangan itu. Ada kepedihan di hatinya. Namun mengejutkan, apabila Kasih menemukan namanya tertera di dalam kad undangan itu.

Belum pun sempat Kasih bertanya kepada sahabatnya, tiba-tiba Teruna muncul. Dengan bahasa isyarat yang kaku, Teruna menyampaikan, “Aku telah menghabiskan waktu lebih dari setahun untuk mempelajari bahasa isyarat, agar dapat memberitahu kepada kamu bahawa aku belum melupakan janji kita, berikan aku kesempatan, biarkan aku menjadi suaramu. I L O V E Y O U.”

Melihat bahasa isyarat tersebut, dan cincin pertunangannya, Kasih akhirnya tersenyum.


[ Anggaplah setiap cinta itu seakan cinta terakhirmu, barulah kamu akan belajar cara memberi. Anggaplah setiap hari itu seakan hari terakhirmu, barulah kamu akan belajar cara menghargai. Jangan pernah menyerah! Ingatlah bahawa kasih yang paling indah dan kejayaan yang terbesar, mengandung banyak risiko. Yakinlah pada diri ketika kamu berkata, “AKU MENCINTAIMU…” ]

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP