Belajar Bercinta : Bab Tujuh

Tuesday, January 2, 2007

Salam cinta kasih sayang...

Cinta itu ada berjuta-juta rasa! Dalam cinta ada banyak mitos, yang sekali gus seringkali merosakkan keindahan perasaan untuk bercinta. Baik yang lelaki mahupun perempuan, banyak yang terpaksa melupakan cinta dek kerana terlalu terpengaruh dengan mitos-mitos cinta! Namun, tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa perempuanlah yang lebih banyak 'terhalang' cintanya kerana mitos ini. Mungkin kerana emosi mereka lebih mudah digetarkan berbanding dengan si gagah perkasa ini.

Apapun, apabila bersangkut hal cinta yang gagah pun boleh bertukar lembik!

Sering ditanyakan, sering dipersoalkan dalam minda sendiri-sendiri, adakah aku ini layak untuk bercinta? Adakah aku ini boleh dicintai dan menyintai. Dan, adakah makhluk berlainan jenis yang sudi menyintaiku?

Gangguan-gangguan seperti itu biasanya ada kaitan dengan mitos cinta. Seseorang yang berasa dirinya tidak cun atau hensem, akan mudah rendah diri, tak yakin pada diri. Walaupun ketika itu ada seseorang suka, lalu meluah perasan cinta kepadanya, dia masih tidak percaya! Lalu, mungkin saja dia menjauhkan diri dari cinta yang dihulurkan.

Persoalannya; bagaimanakah ukuran cun atau hensem seseorang itu? Kecantikan terbahagi kepada dua bahagian besar, yakni kecantikan luaran dan kecantikan dalaman. Penilaian setiap orang juga berbeza-beza dalam soal ini disebabkan tak ada jangka-ukur khas yang dicipta untuk mengukur tahap kecantikan atau kehenseman seseorang. Segalanya bergantung kepada mata, kepada selera, atau nafsu seseorang itu untuk melihat di mana 'cantik' atau hensemnya orang lain.

Kalau kamu jenis berbadan besar pula, adakah kamu masuk golongan tidak cantik? Kalaulah kecantikan menjadi ukuran atau 'lesen' untuk bercinta yang kemudiannya membina mahligai bahagia, sudah tentu muka bumi ini dipenuhi dengan insan-insan bujang berbadan besar saja. Tapi cuba kamu lihat, masih ramai juga yang kurus atau slim atau kurus kering yang terus jadi bujang. Atau malah lapan kali putus cinta!

Begitu juga halnya dengan yang lainnya, yang rendah, yang tinggi menggalah, yang lebar dan seumpamanya - sebenarnya masing-masing ada KELEBIHAN dan KEKURANGAN! Kita yang namanya manusia tidak sempurna harus mencari kehidupan sempurna. Apabila sedar kita ini tak sempurna maka kita perlukan orang lain untuk memenuhi kekurangan yang ada. Bukankah cinta itu saling memerlukan antara satu sama lain?

Makanya, jangan terlalu dibimbangkan andai 'cinta kamu' belum juga datang menghampiri. Kamu harus yakin bahawa telah diciptakan seseorang untuk kamu, cuma masanya belum tiba untuk kamu bersua. Cinta juga memerlukan sebab untuk berlaku ke atas kamu, dan bersebab juga kenapa sehingga saat ini kamu masih 'sendirian'.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP