Belajar Bercinta : Bab Lapan

Sunday, January 7, 2007

Kita bukan hidup di zaman Romeo & Juliet untuk menyaksikan keagungan cinta mereka sehingga ke hujung nyawa. Kita tidak dilahirkan di zaman Laila & Majnun-nya, untuk merasai aura cinta mereka. Malah, kita hanya mampu melihat megahnya Taj Mahal yang menjadi lambang cinta Shah Jehan.

Apapun, tidak cukupkah menu-menu cinta yang dihidangkan kepada kita ketika ini, agar kita boleh bercinta dengan betul dan benar? Maka, mulai saat ini kita harus mengatakan bahawa cinta itu memang tidak buta, tetapi kebanyakan kitalah yang BUTA CINTA! Bercinta 'membabi-buta'!

Kalau Romeo & Juliet membuktikan kesetiaan cinta dengan menghabisi nyawa sendiri, segelintir makhluk zaman ini lebih hebat lagi apabila sanggup menghabisi nyawa bayi yang baru lahir, yang tak berdosa. Itulah hasil cinta yang 'membabi-buta' atau cinta yang menyondol tanpa kira apa!

Cinta itu sumber inspirasi seluruh kehidupan. Cinta memberikan semangat, cinta memberi nafas baru, melahirkan harapan baru. Tetapi itu kalau kita menanggapi cinta dari sudut positifnya. Namun biasanya cinta lebih banyak memudaratkan berbanding kebaikan, kerana makhluk yang bercinta terlalu asyik.

Cinta itu mendatangkan satu kebahagiaan, dan mengundang seribu kedukaan, begitulah kata sebuah ungkapan yang entah siapa yang menciptakannya. Renungkan sebentar dan cari huraiannya. Memang benar, setiap yang mencari cinta hanya inginkan kebahagiaan, bukan? Satu kebahagiaan sudah cukup untuk menghidupkan seluruh kehidupan. Namun, andai satu kehabagiaan itu berkecai pastinya akan datang seribu kedukaan. Itu akibat dan hakikat cinta.

Banyak di kalangan kita yang apabila gagal bercinta kurang mampu mengawal emosi, jiwa kacau, tertekan dan hidup huru-hara. Banyak yang tidak dapat mampu mencungkil sisi positif di sebalik kegagalan dengan cepat dan pantas. Biasanya memakan masa yang agak lama, atau sehingga jiwa benar-benar pulih baru boleh berfikir secara normal. Maka itu, setiap orang harus bersedia untuk gagal sebelum bercinta. Bukan bermaksud untuk memikirkan kegagalan, tetapi sebagai persediaan mental andai berlaku sesuatu yang tak diingini. Kita percaya dan yakin bahawa manusia hanya mampu merancang, bukan?

Kamu tak akan bisa mematikan kenangan silam! Dan sebaik-baiknya tidak usah kamu bersusah-susah mencari jalan untuk membunuh kenangan-kenangan yang kamu anggap menyakitkan itu. Semua itu sudah berlalu, dan kalau kamu bunuh sekalipun bukan mendatangkan faedah. Malah, kamu juga yang rugi kerana dalam memori kamu sudah 'kurang' satu bahagian.

Berapa banyak yang telah menggunakan dan mengambil kesempatan di atas kegagalan ini untuk mencipta sesuatu yang 'bagus'? Kamu dengar lagu-lagu meleleh yang semakin kamu dengar semakin berhantu. Bukankah ia terlahir dari cinta, dari kegagalan cinta. Gagal cinta boleh membuat kamu jadi kaya, kalau kamu pandai mengambil kesempatan di situ. Kenapa agaknya kamu baca novel cinta? Kerana kamu ingin merasai pengalaman cinta orang lain. Dan sama ada kamu sedar atau tidak kamu akan mula membanding pengalaman cinta yang kamu baca dengan apa yang dialami.

Cinta; sama ada kamu dapat mencapai satu kebahagiaan itu, atau kamu meraih seribu kedukaan... kedua-duanya mampu melorongkan jalan lebih lebar dan luas untuk kamu - asal saja kamu sentiasa berfikiran positif!

So, nikmati cinta yang kamu miliki sebaiknya.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP