Belajar Bercinta: Bab Enam

Sunday, December 31, 2006

Salam Kasih Sayang!

Bercerita tentang cinta tak akan pernah habis-habisnya. Cinta akan sentiasa hidup mewarnai kehidupan setiap daripada makhluk ciptaan-Nya. Ada yang bertanya, bolehkah cinta itu dipelajari? Mungkin ada yang melihat bahawa cinta itu suatu proses alami dan semula jadi. Maka, cinta itu akan hadir dalam setiap kita. Namun, apabila berurusan dengan urusan cinta, sebenarnya kita perlu ada ilmu tentangnya.

Kalau kita berbicara tentang cinta sesama manusia, sekurang-kurang kita harus mempelajari bagaimana untuk mencintai pasangan dan bagaimana melayani orang yang mencintai kita. Bukankah untuk melakukan setiap perkara kita harus mengetahui tentang apa yang ingin kita lakukan? Bagaimana jadinya kalau kita melakukan sesuatu ikut main redah dan sesuka hati saja?

Bolehkah kita memasak makanan dengan sempurna dan lazat andai kita tidak mempunyai rencah yang cukup? Nah, tentu saja rasanya akan ' kurang', bukan? Makanya begitu juga dengan cinta - boleh dan harus dipelajari! Memang tak ada universiti khas yang menawarkan subjek cinta. Memang tak ada pemegang sijil, diploma, ijazah, atau Phd dalam bidang cinta ini secara khusus. Namun, setiap daripada kita mampu meraih ilmu cinta dari pengalaman-pengalaman cinta, dari lorong-lorong kehidupan yang dilalui sehari-hari. Sesungguhnya, hidup dan kehidupan kita sehari-hari bergerak atas landasan cinta serta kecintaan.

Cinta begitu besar ertinya dalam kehidupan kita, yakni cinta sesama manusia dan terutamanya cinta kepada Maha Pencipta. Cinta dalam apau jua situasi, dalam apa saja tanggapan dan reaksi harus memiliki keseimbangan. Cinta itu berdiri atas dua asas dasar atau tapaknya. Cinta tak akan berdiri dan terbina tanpa asasnya. Cinta memerlukan sekurang-kurangnya dua pihak agak ia terbina dengan begitu cantik dan menarik.

Cinta itu memberi dan menerima. Harus ada pihak yang memberi cinta, dan ada pihak yang harus menerimanya pula. Ketika kamu bertemu dengan seseorang yang kamu rasa sesuai untuk bercinta, maka jangan terlalu awal meluahkannya dan jangan pula terlalu lambat! Kamu harus sentiasa prihatin dengan situasi sekitar dan harus sentiasa peka dengan perkembangan si dia.

Harus kamu ingat pada awal-awal lagi yakni cinta mampu memberi kebahagiaan untuk kamu, malah cinta juga mampu meragut kebahagiaan yang ada. Andai kebahagiaan yang dirahi, alhamdulillah. Andai cinta yang dibina terputus di tengah jalan, kamu juga harus ucap alhamdulillah.

Antara situasi lain yang harus kamu hadapi adalah cinta tiga dimensi, cinta tiga segi yang memang memeningkan kepala kamu. Mungkin ada yang berkata, kamu yang gatal saja cari penyakit menabur cinta sana sini. Namun ada kala dalam soal perasaan dan emosi ini, kamu tak akan mampu untuk 'melawan' apa-apa. Kamu tak akan mampu menahan arus dan gelora cinta yang datang melanda. Walau kamu cuma mengelak sebolehnya, kalau kamu sudah dilambung ombaknya, niscaya kamu akan tenggalam dalam lautan cinta tiga dimensi itu.

Dalam menangani hal cinta tiga segi, keputusan sukar harus juga kamu ambil. Yang pastinya, akan ada pihak yang terpaksa dikecewakan lebih berbanding yang lain. Namanya saja soal emosi, jadi tak akan ada yang puas hati seluruhnya. Yang berhasil meneruskan perjalanan cinta pastinya hati kembang berbunga. Yang terpaksa melepaskan sudah tentunya perit bukan kepalang. Katika ini kamu harus cepat-cepat sedar diri bahawa tak semua cinta akan berakhir dengan memiliki. Cinta tak mesti bersatu. Cinta kamu kepadanya akan terus hidup, cumanya kamu saja yang tak dapat hidup bersamanya.

Dalam saat-saat terakhir untuk meninggalkan 2006 ini, dan dalam hanya beberapa detik untuk melangkah ke tahun 2007; moga cinta kalian sentiasa mekar, moga cinta sentiasa segar dalam diri setiap daripada kita. Kita akan terus hidup dengan cinta dan kecintaan ini sama ada kita berjaya memiliki atau sebaliknya.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP