Belajar Bercinta : Bab Tiga Belas

Tuesday, January 23, 2007


Salam kasih sayang, salam sayang menyayangi...

Cinta... banyak orang hanya suka memandag sudut keindahannya sahaja. Dan hanya mahu memikirkan kesakitan akibat cinta setelah menemui kegagalan! Cinta memang sebenarnya mampu memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang. memberikan semangat yang lain macam apabila berada di dunia cinta. Mampu menjadikan seseorang rajin, mampu memberikan semangat dan yang seumpamanya. Kamu boleh berubah total, kamu boleh berusing 360 darjah dari asal hanya kerana cinta.

Cuba kamu lihat cinta-cinta monyet yang ‘berkeliaran’, bukankah sebilangan mereka bagai disuntik dengan kuasa magik. Tiba-tiba jadi rajin kuliah, tiba-tiba semua tugasan siap pada masa, pakaian kemas dan terurus. Kerana apa? Kerana segalanya digerakkan oleh ‘kuasa cinta’. Cinta mampu menjadikan kamu apa saja. Kerana cinta kamu menjadi seorang yang luar biasa.

Cinta itu kekuatan, namun dari sudut lainnya kekuatan cinta itu kadangkala tak menjanjikan apa-apa. Ibarat kerasnya ketulan ais yang akan cair jua terkena panahan terik mentari. Kamu boleh mencari sudut positif, dan negatifnya cinta itu. Apapun, di sini ada persoalan – jika cinta itu satu kekuatan, mengapa kekuatan itu tidak berterusan apabila cinta berakhir?

Cinta perlu ketelusan agar ia berkembang dengan baik, cinta perlu keyakinan untuk mengugkapkannya agar hubungan terus kekal aman. Banyak di antara kamu menjadi ‘bukan diri kamu’ apabila berada di dunia cinta. Ada kala, kamu menjadi ‘ terlalu baik’ dan ‘sempurna’ bila berada bersama si dia. Ini sesuatu yang tidak menggambarkan ketelusan dan keikhlasan. Kamu jadi takut untuk berterus-terang akibat bimbang diREJECT apabila diri kamu sebenarnya diketahui. Tambahan apabila kamu mengetahui si dia tidak suka dengan cirri-ciri yang kamu sembunyikan.

Setiap daripada kamu harus selalu bertanya, “Siapa yang aku cari dan ingini menemani sepanjang hidup ini?” Semua ini agar kamu ada target yang nyata [bukan menjadi terlalu pemilih] tentang siapa yang kamu rasa layak berada di samping kamu kelak. Mungkin kamu boleh senaraikan 10 perkara yang harus ada pada pasangan kamu. Tetapi ingat, 10 perkara itu hanya sekadar senarai dan panduan kerana agak mustahil kamu dapat mencari pasangan sempurna sebagaimana yang kamu selalu bayangkan. Kalau kamu mandapati ada 5 perkara tersenarai dari 10 tersebut, alhamdulillah… itu sudah cukup beruntung bagi kamu!

Bercinta dengan benar dan betul, insya-Allah akan membuat kamu bertambah KUAT untuk menjalani kehidupan seharian. Dan, kalau kamu memang benar-benar telah bercinta dengan benat dan betul, andai cinta hati kamu pergi sekalipun KEKUATAN itu tidak akan hilang, malah ia akan semakin bertambah. Kehilangan akan memotivasikan diri kamu untuk berusaha lebih keras mencapai istana bahagia.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP