Belajar Bercinta : Bab Empat Belas

Wednesday, January 24, 2007


Salam kecintaan untuk kamu. Pernah ada yang bertanya bilakah masa yang paling sesuai untuk menimbulkan rasa cinta. Tak ada jawapan yang meletakkan had umur tertentu dalam bab. Tidak kira apa gelaran dan sebutan cinta itu; sama ada cinta monyet atau cinta pandang pertama sekalipun, yang nyata, tak diletakkan umur berapa yang kamu dibolehkan untuk jatuh cinta.

Cuma mengikut kadar kesesuaian masa kini, usia berapakah yang layak untuk kamu memikirkan soal cinta, untuk jatuh cinta, menjalin hubungan cinta dan yang seumpamanya. Mungkin sebaik saja kamu melepasi usia 21 tahun. Atau mungkin lebih baik selepas kamu selesai segala kuliah. Namun, ini bukan undang-undang dalam cinta dan kamu harus mematuhinya.


Benarkah cinta itu akan datang sendiri? Yang datang sendiri itu adalah perasaan cinta. Cinta hati harus dicari, harus diusahakan agar ia mendekat dengan kamu.
Ini persoalan yang subjektif, yang boleh dijelaskan dan dijawab dengan kepelbagaian.

Mampukah diperjelaskan bagaimana situasi dan perasaan apabila jatuh cinta. Cinta itu orang kata berjuta rasanya. Jadi daripada berjuta rasa itu, yang mana satukah perasaan yang kamu alami? Orang kata, apabila kita sentiasa mengingati seseorang, sentiasa terbayangkannya, sentiasa berasa ingin dekat dengannya, mahu selalu melihatnya, itu menandakan kita sudah 'menyukai' atau malah menyintai. Cinta bermula dengan menyukai kemudian menyintai. Kamu tidak akan terus menyintai. Kalau kamu kata kamu mengalami cinta pandang pertama, sebenarnya bukan! Ketika kamu melihat seseorang dan hati kamu berdetak 'wahhh...' sebenar-benarnya itu belum lagi dinamakan cinta, melainkan hanya perasaan kagum atau suka. Apabila kamu mendekati dan mula mengenalinya dengan lebih rapat, ketika itulah benih-benih cinta tersemai. Bergantung kepada keadaan dan situasi, apakah benih itu akan terus bercambah atau sebaliknya. Inilah masa 'penentuan' yang mana kebanyakan kita tidak menyedarinya.
Apabila benih cinta bercambah sekalipun, ia masih belum tentu akan terus bertunas! Sebelum masa menjadi tunas yang selanjutnya berkembang besar cinta itu, ketika ini ia kamu memasuki proses mencari kesesuaian dan keserasian. Tak ada tempoh jangka masa yang tertentu. Segalanya bergantung kepada individu tatkala mencari kesesuaian dan keserasian itu. Mungkin saja ada yang mengambil masa bertahun-tahun mencari keserasian itu dan masih tak menemuinya. Hal ini berlanjutan tanpa kepastian yang mungkin akan membantut percambahan tunas cinta. Akhirnya ia layu, dan... kamu terpaksa menyemai benih baru!

Cinta adalah proses sepanjang hayat. Apabila kamu memulainya, maka kamu harus terus menerus meneroka seluruh pelusuk dunia cinta yang luas itu. Kamu harus sentiasa belajar bercinta. Dan ingat, pencarian kamu berlangsung sepanjang hayat yang ada. Bukan bermakna kamu harus sentiasa mencari cinta baru, tetapi dengan cinta yang ada itu bagaimana kamu dapat menjadikannya sentiasa segar dan bersemangat.


Cinta menyegarkan kehidupan kamu, dan cinta juga boleh memalapkan hidup kamu. Sebagaimana cinta itu merupakan satu kekuatan, ia juga adalah sumber kelemahan!


Ini kisah seorang sahabat...
Sahabat ini rasanya tak pernah bercinta, kerana hidupnya banyak dihabiskan dengan kerja, kerja dan kerja! Sehingga pada suatu ketika, salah seorang rakan perempuan sepejabat putus cinta. Perempuan ini yang dalam kekecewaan pasti mencari seseorang untuk meluah rasa dan berbagi masalah. Kebetulan, sahabat ini yang sering mendengar keluh-kesahnya. Akhirnya, hubungan mereka ternyata menjadi semakin akrab. Dan, tak dinafikan telah terbit bunga-bungan cinta, terutama dalam diri si sahabat ini.

Hubungan akrab itu berlanjutan dan mereka memang menjadi couple yang menjadi sebutan. Namun, ada di kalangan rakan-rakan menyebut hubungan mereka sebagai cinta mee segera - cinta instant [bukan mee segera cintan]! Ramai juga yang meramalkan hubungan mereka tak akan bertahan lama.
Benar seperti diduga, selepas tiga bulan ternyata si sahabat menjadi murung! Kerana apa? Kerana khabarnya mantan kekasih si perempuan telah kembali dan ternyata berhasil menambat kembali kasihnya. Sebenarnya, selama ini pun si perempuan sebenarnya keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tak pasti apakah dia menyintai si sahabat itu atau sekadar menjadi pengisi kekosongan semata-mata sementara mencari cinta baru.

Lalu si sahabat pun datang dan bertanya, "Aku dah sayangkand dia setengah mati, apa yang aku perlu lakukan?"


"Kau boleh mencuba untuk merebut cintanya, tapi kau harus tahu bahawa kau mungkin berjaya dan kau juga mungkin gagal. Kalau kau ingin mencuba, kau kena bersedia menghadapi risiko. Tak salah mencuba."


Si sahabat lama termenung. Entah apa yang difikirkannya tak siapa tahu, maklumlah orang ptuts cinta memang kusut! Selepas seminggu, si sahabat datang lagi dan berkata, "Aku tak mahu ambil risiko mengalami kekecewaan berganda!"


Bermakna, dengan segala hormatnya si sahabat menarik diri dan menanggung kekecewaan.


Cinta mungkin mampu membawa kamu keluar dari permasalahan. Tetapi kamu harus berfikir denga rasional agar tidak menjadi 'keluar mulut buaya masuk mulut naga'! Apa-apapun mempunyai risiko, terserah kamu untuk menghadapi atau sebaliknya. Melihat kisah si sahabat, cinta telah menyegarkan hidupnya dan cinta juga telah melayukan kehidupannya. Kekuatan cinta bergantung kepada kekuatan semangat kamu untuk terus menghidupkan cinta di dalam hati kamu.
Kalau kamu bercinta dengan betul dan benar, kekecewaan tak akan membuat kamu lemah dan menjadi fobia terhadap cinta. Selamat bercinta!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP