Belajar Bercinta : Bab Dua Belas

Monday, January 22, 2007


Ketika kamu menemukan seseorang yang sangat istimewa di hati kamu, kamu akan merasa itu adalah jodoh kamu. Tambahan semua yang dia lakukan sangat menyenangkan hati kamu. Kamu pasti juga akan merasakan bahawa dia adalah anugerah Tuhan.

Namun ketika kamu berselisih pendapat atau bertengkar, kamu akan bertanya kembali apakah dia benar-benar diciptakan untuk kamu? Sesungguhnya, ketahuilah bahwa Tuhan sedang menguji kamu. Menguji kesetiaan kamu dalam proses untuk menyatukan dua jiwa yang berbeza.

Perasaan senang dan gembira ketika kamu bertemu dengannya, atau menerima sms darinya, dan menjawab panggilan darinya, kamu sudah membuktikan bahawa kamu sangat mencintai dan menyayanginya
!

Memang benar, cinta kadang-kadang memberikan suatu kekuatan. Namun lebih banyak memberikan kepedihan yang amat sulit untuk kamu lupakan. Jadi jangan menangis kerana cinta. Sesungguhnya cinta tidak akan pernah kamu bawa untuk mati!

Cinta itu harus didasari oleh perasaan yang tulus dan tanpa syarat. Cinta tak boleh dipaksakan kerana cinta yang tidak tulus pasti akan hanya membuat derita di hati. Jangan pernah membohongi diri kamu sendiri jika kamu memang tidak suka dan jangan paksa untuk meneruskannya. Lakukanlah sesuai dengan keinginan hati kamu kerana itu pastilah yang terbaik buat kamu. Jangan pernah mendustai hati kamu sendiri.

Cinta adalah cahaya ghaib yang bersinar dari kedalaman kehidupan yang peka dan mencerahkan segala yang ada di sekitarnya. Kehidupan adalah bagai sebuah mimpi indah yang diangkat dari kesedaran dan kesabaran.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP