Belajar Bercinta : Bab Sembilan Belas

Wednesday, January 31, 2007

Salam kasih sayang, salam untuk semua yang kamu rindukan!

Cinta tak pernah berjanji bahawa apa yang kamu ingini akan menjadi realiti. Kamu mungkin mengangankan pasangan yang begitu dan begini, namun dalam cinta kemungkinan untuk kamu tidak memperolehi sebagimana yang kamu angankan itu adalah besar sekali. Pun, begitu tidak bermakna kamu harus menolak cinta semata-mata gagal ‘mencari’ idaman hati. Kamu harus yakin dan pasrah bahawa, seseorang yang ‘memberi’ tulang rusuknya bukanlah sebagaimana yang kamu sering impikan. Kamu harus tahu bahawa, seseorang yang ‘menggunakan’ tulang rusuk kamu mungkin terlalu jauh daripada apa yang kamu bayangkan.

Dalam soal cinta, kamu juga harus cukup-cukup sedar bahawa kamu hanya mampu merancang. Yang menentukan tetap Maha Penyayang itu. Cinta adalah halangan-halangan yang harus kami tempuhi. Cinta adalah bara yang harus kamu genggam. Cinta mengajar kamu tentang sakit perasaan, sakit emosi dan sakit hati. Cinta mengajarkan kepada kamu tentang apa saja; tentang yang baik, malah yang buruk. Mudah-mudahan bagaimana sekalipun kesudahannya cinta kamu, tetaplah memandangnya dari sudut positif.

Kalau cinta itu ibarat api; ia boleh menghangatkan kamu, malah ia boleh membakar kamu sehingga rentung! Kalau cinta itu ibarat air; ia boleh mendinginkan kamu, malah ia boleh melemaskan kamu!

Cinta kadang-kadang menjadi suatu kebetulan, lain yang dirancang lain pula jadinya. Cinta kadang-kadang membuat kamu hilang pertimbangan, membuat keputusan tanpa fikir… namun pertimbangan sembrono dan keputusan apa adanya itu tetap membahagiakan. Cinta telah membuktikan bahawa ia tak akan memberikan apa yang kamu ingini. Malah, ia telah memberikan sesuatu yang bukan kamu impikan, yang bukan kamu idamkan, yang selalu kamu sebut-sebut tidak mahu – itulah yang cinta akan berikan! Nah, marilah belajar dari sejarah cinta yang terdahulu, mari belajar dari kesakitan yang cinta berikan kepada kamu.


“Mak aii! Laju macam roket mamat tu bawak kete! Nasib baik la bukan boipren aku, kalau ya aku tarik-tarik telinga dia sampai mencium tar jalan raya!”

[Beginilah rungutan Akma terhadap seorang mamat yang memandu macam di Litar F1 Sepang di jalan raya berhampiran rumahnya. Tetapi, tiga tahun kemudian Akma berada di sisi mamat yang memandu macam pemandu F1 tersebut.]

“Tak leh laju lagi ke? Lambat dah nih, kang merah punch-card, rugi jer kene potong gaji, dah kang pospon lagi nak kawen!” rugut Akma kepada ‘mamat F1’ yang kini menjadi ONLY ONE dalam hati beliau.


“Engkau ni kan macam ais – dingin dan beku! Tak ada perasaan ke?”

[Begitulah luahan tak puas hati Azuraa terhadap CheDu. Hubungan yang cuba dibina berakhir dan terputus di tengah jalan. Azuraa meninggalkan CheDu dengan perasaan bengang dan sejak itu dia benci kepada lelaki-lelaki dingin perasaan.]

“You tak rasa sejuk ke setiap hari berjam-jam duduk dalam bilik beku tu?” tanya Azuraa manja-manja kucing kepada lelaki yang memiliki beberapa buah tempat penyimpanan daging beku serta kilang ais di sekitar kawasan perindustrian di Melaka.

‘Dah tu nak buat macam mana, inilah kerja I,” balas lelaki yang Berjaya MENGHANGATKAN kembali cinta Azuraa yang telah membeku sejak beberapa tahun lalu.


“Kalau you takmo turunkan berat badan you yang semakin menaik macam pau ini dalam masa dua minggu, babai la ehh!”

[Begitulah kata dua alias ugutan yang Nessa terima daripada seorang jejaka sengal ketika dia sedang menikmati eskrem perasa vanilla berulamkan coklat. Belum pun sempat jejaka sengal itu meninggalkannya, Nessa terlebih awal blah dengan gembiranya. Diam-diam ubi, dia berusaha hari-hari main skipping sehingga menjadi seorang gadis slim tubuh badan. Wauuu…]

“Apa khabar, Nessa… ni kenalkan bini aku,” kata jejaka sengal ketika terserempak ngan Nessa dua tahun kemudiannya. Jejaka sengal tersebut telah pun berkahwin dengan gadis pilihannya.

“Wahh… you bagi bini you makan pau hari-hari ke?” balas Nessa kepada jejaka sengal yang sedang membantu isterinya yang termengah-mengah menaiki tangga.


“Sengal betul la ko nih, takde lelaki bujang ke nak bercinta? Laki orang pun ko rembat!”

[Begitu berasap telinga Putri mendengar kata-kata berapi daripada mulut In. Putri belum pun mengisytiharkan hubungannya dengan Lelaki Misteri yang juga suami orang itu dalam kategori apa, main ikut sedap mulut In jer mengata.]

“Hai In… bagus la ko yer, kawen-kawen dah berderet anak… anak instant! KehKehKeh!” kata Putri selepas majlis pernikahan In dengan Jejaka Pujaannya dua setengah tahun kemudian, yang mengesahkan In bergelar isteri nombor 4 si Jejaka Pujaan tersebut.


Begitulah sebahagian contoh tentang, ‘kita mengharap lain, tetapi cinta memberikan yang lain’ pula. Kamu boleh lihat betapa dalam cinta boleh berlaku apa saja, bagaimana saja, dan apabila ia mahu belaku segalanya di luar kawalan kamu. Segalanya belaku bagai tidak disedari dan spontan. Itulah powernya cinta!

Bagaimanapun ini bukan bermakna kamu tidak mempunyai pilihan dalam cinta. Kamu boleh memilih, kamu boleh mencari, namun harus diingat bahawa selagi hubungan itu masih berjalan dalam fasa pertama cinta, usahlah terlalu meletak harapan yang tinggi. Mungki cukup sekadar hubungan cinta fasa pertama ini kamu jadikan sebagai proses mengenal dan mencari keserasian. Kemudian kamu boleh melanjutkannya ke tahap penilaian – kamu dan dia saling menilai diri masing-masing, termasuk menerima kekurangan pasangan selain kebaikan-kebaikan yang ada.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP