Belajar Bercinta : Bab Enam Belas

Saturday, January 27, 2007


Untuk kamu yang ingin bercinta, sedang bercinta dan telah putus cinta, TERUSKAN bercinta, kerana cinta itu sebahagian kehidupan. Kita hidup atas dasar kecintaan...

Kalau kamu ingin JATUH CINTA... jatuhlah, tapi jangan terhuyung-huyung, konsisten tapi jangan memaksa, berbagi dan jangan bersikap tidak adil, mengerti dan cubalah untuk tidak banyak menuntut, sedih tapi jangan pernah simpan kesedihan itu. Cinta sebenarnya mendewasakan kita...

Memang sakit melihat orang yang kamu cintai sedang berbahagia dengan orang lain tapi lebih sakit lagi kalau orang yang kamu cintai itu tidak berbahagia bersama kamu. Redha dan relakan saja...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan. Ah, penasaran, kan?

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah bertemu dengan seseorang dan kamu jatuh cinta, hanya untuk mengetahui bahawa dia bukan untuk kamu dan kamu sudah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya. Kalau dia tidak 'worth it' sekarang, dia tidak akan pernah 'worth it' setahun mahupun sepuluh tahun akan datang. Jadi, biarkan dia pergi… kerana pasti ada yang terbaik untuk kamu nanti.

Penyatuan yang paling benar bukan diukur berdasarkan berapa lama kamu sudah bersama mahupun berapa kerap kamu bersama, tetapi apakah selama kamu bersama, kamu selalu saling mengisi antara satu sama lain dan saling melakukan hidup yang berkualiti.

Kesedihan dan kerinduan hanya terasa selama yang kamu inginkan dan menyayat sedalam yang kamu izinkan. Yang berat bukan bagaimana caranya menanggung kesedihan dan kerinduan itu, tapi bagaimana kamu belajar darinya.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP