Belajar Bercinta : Bab Lima Belas

Thursday, January 25, 2007

Perempuan adalah makhluk yang diciptakan untuk selalu optimis. Termasuk masalah cinta dalam rangka mendapatkan pasangan hidup. Mungkin cerita-cerita di bawah ini boleh dijadikan renungan dan panduan untuk semua.

Pakcu: Aku suka sama kamu, Akma.... Aku ingin benar kalau kamu jadi kekasihku.
Akma: (Malu-malu) Aku juga suka sama kamu, Pakcu.
Kesimpulan: Jelas Akma suka dekat Pakcu, dan begitu berani bercakap terus-terang begitu.

Cekdu: Azura, aku benar-benar sukakan kamu. Aku ingin hubungan ini menjadi lebih dari seorang teman.
Azura: Rasanya lebih baik kita menjadi teman aja la. Kitakan dah lama berkawan.
Kesimpulan: Azura juga sebenarnya suka dekat Cekdu. Status 'teman' hanya alasan buat Azura agar sentiasa dekat terus dengan Cekdu.

Chiq: Aku rasa sesuai bersama kamu. Nak tak jadi kekasihku, Fami?
Fami: Bukan sekarang kot.... Aku nak konsentret study dulu la...
Kesimpulannya: Fami suka sama Chiq. Jawapan Fami itu bermaksud biar Chiq penasaran dan tetap ada dengannya. Pendek kata mereka tetap boleh dekat antara satu sama lain. Kalau Fami tak suka, pasti dia cakap terus-terang kepada Chiq.

Lelaki Misteri: Kamu ni cute la, Puteri.... Aku teringin bercinta ngan kamu, leh?
Puteri: Terus-terang la ya... aku tak suka kamu. Kamu ego, bau masam, malas mandi, kuat tido, makan banyak. Pokoknya, kamu boleh blah!
Kesimpulannya: Puteri tahu banyak sifat-sifat semula jadi si Lelaki Misteri. Tak banyak perempuan yang begitu tahu macam Puteri, kan? Dan sangat mungkin itu ertinya Puteri sebenarnya suka dekat Lelaki Misteri itu.

Lelaki Ensem: Aku dah lama perhatikan kamu, Nessa. Aku dah suka dan sayang banget sama kamu!
Nessa: (Tertawa lepas) Muahahahaaa... ha... uahaaa... ha! Kamu ni kelakar la!
Kesimpulannya: Betapa gembiranya Nessa mendengar ucapan Lelaki Ensem tersebut. Ekspresi tawa bahagia tiada tara. Jelas benar Nessa suka sama sama si Lelaki Ensem.

Lelaki Sengal: Mawar... nak tak jadik girlfriend aku?
Mawar: Pang! Pang! (Mawar 'menyentuh' pipi si Lelaki Sengal)
Kesimpulannya: Lelaki Sengal memang istimewa buat Mawar. 'Sentuhan' tangan Mawar ke pipi Lelaki Sengal (2 X dan bahkan meninggalkan bekas merah lagi) adalah sentuhan yang tak semua lelaki boleh merasainya. Peluang besar buat Lelaki Sengal bahawa Mawar suka sama dia.

Dicky: In... Aku suka sangat sama kamu. Kapel-kapel nak?
In: Dicky puyuh perpuluhan lapan kali lima mengkuk hayun dan sebagainya! Bla! Bla! Bla! Bla!

Kesimpulannya: Apa pun yang In bebelkan dekat Dicky, itu tandanya mereka sememangnya mesra. Boleh la tu.


Jadi apapun jawapan yang nantinya diberikan oleh pasangan kamu, peluang sebenarnya sentiasa ada dan tak pernah tertutup. So, tetap semangat untuk bercinta ye!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP