Warna-Warni Kehidupan
Sunday, December 17, 2006
Assalamualaikum...
Sebenarnya, sudah lama tak aku tak menulis dengan sebenar-benarnya di sini. Aku lebih suka bagi 'sesuatu' yang lain untuk dikongsi dengan adik-adik TERCHENGAL [pinjam perkataan Uncle]. TERCHENGAL itu maksudnya; TERCHENTA dan SENGAL - untuk adik-adik terchenta dan sengal!
Lama jugak tak berup-date blog ni, kan? Akma yang selalu tanya tip-tip 'chenta', mungkin hari-hari masuk sini untuk mencari 'sesuatu' buat melapangkan perasaannya yang sedang bergelora. Agaknyalah... Ye ke, Kema? Makanya, aku tetap tak up-date jugak sebab... sebab aku pun sedang sengal otak gak time nih! Ehehehehe...
Kemudian, ada pulak chengal-chengal yang masuk sini sebab nak layan lagu, sambil baca apa yang ada. Dengar jerlah sampai muntah. Ni pasang lagu lain pulak - dengar la ye!
Sehari dua ni pulak, saja-saja nak ubah template. Sebelum ni aku tukar pegi beta terus. Memang sengal otak tengok walaupun sebenarnya banyak 'keistimewaan' beta blogger ni. Cuma buat masa ni, tak banyak pilihan template yang cun-cun. Apapun, nah... ni template warna-warni! Eheheheh... sakit mata tak? Lantak ahh ek!
Kita sudah melangkah separuh bulan terakhir Disember. Maka, tak lama lagi selamat tinggal 2006. Ramai yang sibuk menghabiskan cuti. Ramai yang mendirikan rumahtangga. Dan, ramai juga yang masih tak buat apa-apa. Dalam tempoh sebelum menjelang tahun baru masehi 2007 ni, sempat lagi kalau nak buat sesuatu sebagai kenangan 2006.
Okeylah, pandai-pandai jaga diri semua ya. Moga kalian sentiasa di bawah naungan Ilahi.
0 ulasan:
Post a Comment