Belajar Bercinta : Bab Tiga

Friday, December 22, 2006

SALAM kasih sayang!

Sepanjang usia sehingga saat ini, sudah berapa kali kamu jatuh cinta? Sehingga kini adakah kamu merasa diri kamu itu disayangi, dicintai oleh seseorang? Jawapan untuk persoalan pertama; hanya kamu yang ahu jawapannya, kerana kamu yang mengetahui perasaan kamu sendiri. Namun, ada pula yang bertanya, "Bro, macam mana rasanya kalau kita jatuh cinta? Bagaimana kita nak tahu bahawa ketika itu kita sedang jatuh cinta?"

"Kamu teruskan saja melayani perasaan yang ada itu. Nanti kamu akan tahu bagaimana rasanya!" itu salah satu jawapan yang boleh diberika untuk kamu, kalau kamu lagi-lagi bertanya tentang rasa jatuh cinta.

Untuk jawapan persoalan kedua; kamu akan tahu, kamu akan rasa lain macam layanan seseorang yang sukakan kamu. Memang jika dilihat dengan mata kasar, mungkin kamu tak akan dapat mengesan 'kepelikan' tersebut. Nah, kamu harus melihat dengan mata hati kamu. Maka akan terlihatlah hal-hal 'pelik' yang kamu tidak perasan itu. Terserah kamu, layankan saja...

"Bro, sepanjang-panjang hidup ni, berapa kali Bro jatuh cinta?" tanya seorang adik yang nakal juga sengal's!

"Jatuh cinta sepanjang masa! Malah, melihat kamu, Bro juga sudah jatuh cinta!" mukanya berkerut-kerut berlipat-lipat penuh dengan kekeliruan. Ya, cinta memang sering mengelirukan orang.

Jatuh cinta dengan mudah, bukan bermakna cinta itu 'murah'! Jatuh cinta dengan semua orang yang ditemui, bukan bermakna kita memiliki cinta yang tidak sejati [apa sinta sejati tu ekk?]. Mudah jatuh cinta dengan keindahan dan kecantikan adalah fitrah manusia. Jatuh cinta bukan semata-mata ditafsirkan sebagai ["I Love You"]. Mencintai orang lain bukan mesti kita berperasaan ingin memilikinya [dijadikan kekasih, teman hidup dsb.], tetapi kerana kita ini makhluk yang berjiwa halus, makhluk yang berperasaan.

Kita harus melahirkan perasaan yang ada. Jatuh cinta dengan banyak orang bukan kerana desakan mata keranjang, atau ingin memiliki seberapa banyak 'koleksi'. Tetapi kerana kita sebenarnya memang hidup diselubungi dengan kasih sayang itu sendiri. Jangan bataskan cinta dalam kurungan ["I Love You"] semata-mata.

Belajar Bercinta? Bolehkah cinta itu dipelajari sebagaimana kita mempelajari subjek-subjek tertentu di sekolah? Sebagaimana sebelum ini, kita belajar bercinta di sekolah kehidupan, bukan di sekolah kebangsaan! Belajar bercinta dengan bercinta. Belajar bercinta dengan kekecewaan. Belajar bercinta dengan penikahan. Cinta bukan teori semata, melainkan ia harus ada praktikalnya.

Kadang-kadang cinta telah datang menghampiri, namun kita yang tak mengerti. Apabila cinta telah pergi, kita pula yang tercari-cari. Pelik, kan? Kerana, cinta itu juga ibarat kamu mengenggam sebiji telur - andai kamu mengenggamnya terlalu lemah, ia akan jatuh lalu pecah! Jika kamu mengenggamnya terlalu kuat, ia juga akan pecah!

Nah, cinta harus dilayari... ikut dan nikmati alunan gelombang cinta; mudah-mudahan kamu tidak dilemaskan oleh cinta!

1 ulasan:

widzgeek Monday, January 01, 2007  

Analogi menggenggam telur! widz suka contoh tu!

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP