Belajar Bercinta : Bab Empat

Monday, December 25, 2006

The sky without stars is:-
Like sleep without dreams
Like song without music
Like rose without smell
Like face without smile
Like ME without U!


Salam kasih sayang!
Cinta itu adalah sesuatu yang semula jadi, sesuatu yang alami. Kalau kamu mencarinya, kemudian kamu bercinta setengah mati sekalipun, andai si dia itu bukan jodoh yang tertulis untuk kamu... cinta itu tak akan bersatu!

Tetapi, jangan pula kamu hanya berserah, membiarkan takdir menentukan cinta kamu. Kamu masih ada pilihan, kamu masih boleh berusaha untuk mendapatkan cinta yang sesuai dengan kamu. Bukankah hanya berserah itu sifat orang yang lemah! Bukankah Maha Penyayang itu menyuruh kita hamba yang dicintai-Nya berusaha untuk sesuatu yang baik.

Cinta juga seperti hal-hal lainnya, yang memiliki dua sisi - yakni sudut baiknya juga sudut buruknya. Bagaimanapun, kamu harus faham betul-betul bahawa sesuatu yang baik itu kalau kamu terus-terus memandang dan menangapinya secara negatif, maka negatiflah jadinya ia. So, kamu harus ingat dan cuba menerima, melihat, mengambil sisi kebaikan dalam apa hal jua termasuk bab cinta.

Cinta, kalau niatnya hanya sekadar ingin bercinta semata-mata, tak ada wawasan, tak tahu ke mana hala tuju percintaan itu lebih baik tak usah. Itu buang karan saja namanya. Malah buang masa, buang duit dan banyak lagi benda kamu yang 'terbuang'!

Bercinta kalau sekadar mahu berfoya-foya, mahu menunjuk diri kamu itu 'laku' - lebih baik kamu betulkan balik skru-skru pemikiran kamu yang longgar itu! Ini adalah sebahagian sisi tidak bagus dalam cinta. Cinta tanpa sebab!

Bercintalah kerana kamu telah tahu bahawa cinta yang akan kamu lahirkan merupakan sebuah kemuliaan. Selamat bercinta dengan benar...

1 ulasan:

iman yalin @ insan yalin Tuesday, December 26, 2006  

lagi satu cinta itu perlu diluahkan. kalau tak luah mana bisa org yg kamu cinta mengetahuinya. Sedih bila kamu kenal dia sebelum dia bertunang lagi. Dia beri hint sblm dia bertunang lagi tapi kamu beku. akhirnya dia memilih org lain. padahal dalam hati kau dan dia ada cinta. tak perlah mungkin itu takdir.. syukur dan syukur ( hari2 ku belajar cinta di sini syukran)

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP