Belajar Bercinta : Bab Dua

Thursday, December 21, 2006

KALAU tak pernah kecewa, sebenarnya kamu belum benar-benar mempelajari tentang cinta! Bukanlah maksudnya kamu harus kecewa atau membiarkan diri dikecewakan hanya semata-mata mahu mendalami tentang cinta ini. Biar saja... biarkan proses kematangan cinta ini berjalan secara alami.

Cinta itu harus memberi dan menerima - kerana cinta adalah sebuah keseimbangan kehidupan. Makhluk yang tak ada perasaan kecintaan, pastinya belum memiliki sebahagian daripada keseimbangan kehidupan itu. Namun harus diingat bahawa cinta tak mesti memiliki. Orang yang kamu cintai belum tentu akan jadi milik kamu. Malah, sebenarnya BUKAN MILIK KAMU!

Cinta diibaratkan sebagai makhluk yang memiliki dua wajah, atau memiliki dua sifat berlainan. Kenapa? Kerana, cinta juga akan melahirkan dua rasa - yakni; kebahagiaan dan kesengsaraan! Kamu mungkin saja merasa bahagia saat 'menemukan' cinta tersebut. Kemudian, terus bahagia saat melayari cinta bersama si dia. Atau, mungkin pelayaran cinta kamu bersamanya dipukul gelora sebelum tiba ke pelabuhan cinta. Atau, kamu merasa begitu sengsara tatkala ingin mendapatkan cinta tersebut. Dan kesengsaraan terus berlarutan di mana kemudiannya kamu bahagia juga tatkala cinta yang kamu kejar selama ini kemas dalam dakapan.

Pelajarannya; cinta memang banyak memberi pelajaran kepada manusia, tapi mungkin kamu saja yang TAK PERNAH MAHU BELAJAR DARIPADANYA!

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP