Belajar Bercinta : Bab Pertama

Wednesday, December 20, 2006

CINTA: Banyak pendapat menyatakan bahawa cinta tak dapat ditafsir dengan benar-benar tepat, kerana setiap orang mengalami pengalaman cinta yang berbeza di antara satu sama lain. Malah, setiap orang yang membicarakan tentang cinta akan membuat difinisi yang berbeza-beza, mengikut pengalaman masing-masing.

Biarpun setiap sesuatu pelajaran itu biasanya didahului dengan teori, namun dengan teori sebenarnya tidak cukup untuk menjelaskan, apatah lagi merasai apa yang dikatakan cinta. Nah, makanya setiap orang harus bercinta barulah dia dapat memahami apa itu cinta, dan ada apa dengan cinta itu.

Cinta harus ada dua pihak berlainan. Harus ada yang memberi dan menerima cinta tersebut. Banyak yang menyatakan bahawa pengalaman pertama jatuh cinta itu merupakan pelajaran pertamanya tentang cinta. Rasanya, pengalaman jatuh cinta tidak banyak mengajar kita tentang realiti cinta. Kerana mungkin tatkala dimabuk asmara, banyak hal yang tidak realistik berlaku dan dilakukan.

Lalu, sebenarnya PELAJARAN PERTAMA tentang cinta lebih sesuai diambil ketika seseorang itu PUTUS CINTA! Ketika dia ditinggalkan! Kerana ketika itu dia baru saja sedar bahawa cinta itu tak mesti bersatu, cinta itu tak manis selamanya, cinta itu juga menyakitkan, cinta itu ada sejuta satu rasa!

Kenapa kebanyakan orang tidak menganggap putus cinta itu sebagai pelajaran pertamanya? Kerana, dia telah membenci mantan kekasihnya! Dia telah membenci orang yang pernah disayanginya!

Seharusnya, berterima kasihlah kepada mantan kekasih, kerana dia telah menjadi guru pertama dan pelajaran pertama kepada kalian tentang subjek cinta ini. Apabila menerima kekecewaan dan kegagalan dengan redha, kita telah berhasil dalam pelajaran tersebut. Malangnya, banyak yang gagal cinta kemudian terus gagal dalam subjek cinta itu sendiri. Kerana, mereka telah belajar subjek lain iaitu BENCI! Membenci mantan kekasih, tak mungkin mengembalikan dirinya kepada kalian! Memusuhinya hanya akan membuat hati sakit dan sakit hati! Menimbulkan lebih banyak rasa benci, sekali gus melenyapkan kasih sayang.

Namun, bukan pula mereka yang tidak pernah dikecewakan itu tidak menerima apa-apa pelajaran tentang cinta. Mereka menerima pelajaran dalam bentuk lain di Universiti Cinta yang berbeza yang tentunya kuliah cintanya berlainan pula.

Persoalannya, ada sesiapa yang tak pernah rasa kecewa dalam cinta? Baik yang terang-terang atau kecewa dalam diam [kerana cinta hanya dipendam tanpa diluahkan].

1 ulasan:

BraderMacho Wednesday, December 20, 2006  

haih!? tiba2 pulak cekdu banyak iden nk tulis kat sini yer. mcm sedang bercinta jer. mentang2 la dah ada sijil kursus, bukan main dia skang ekk... ehehehe!

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP