Belajar Bercinta : Bab Lima

Wednesday, December 27, 2006

Perasaan PERASAN!

Cinta adalah perasaan, dan dalam cinta juga ada perasan! Cinta itu emosi, dan yang bercinta seringkali beremosi, tak tentu arah, bercakap yang pelik-pelik, malah yang tidak logik! Sejarah cinta mungkin membuktikan manusia jadi pelik bila jatuh dalam cinta. Malah ungkapan-ungkapan serta perbandingan pelik-pelik turut tercipta kerana cinta.

Entahlah, agaknya siapa yang mula mengungkapkan kata-kata, lautan api sanggup kurenangi tu ye? Kenapa agaknya ungkapan itu diucapkan kepada kekasihnya? Mungkin tak ada kajian terperinci yang berkait dengan hal-hal itu, tapi kita boleh merumuskannya sendiri, ikut suka hati kita. Hehehe... Sesungguhnya, ungkapan sebegitu sebagai pembuktian betapa dalam cinta seseorang kepada pasangannya. Mungkin kerana sudah kehabisan bukti nyata untuk diberikan, maka sang kekasih mencipta ungkapan yang memang di luar jangkauan logik serta realiti.
Seperti juga ungkapan, ambil pisau belahlah dada - ia berupa pembuktian betapa cinta itu tak terukur dalamnya, betapa besar sehingga gadaian nyawa diberikan. Cinta itu membuat seseorang sanggup untuk melakukan apa saja demi kekasih yang dicintainya. Cinta itu penuh emosi dan perasaan!

Perasaan perasaan juga biasa ada dalam cinta. Perasaan itu emosi dan perasan juga berkait dengan emosi. Mungkin perasaan perasan itu terbit akibat kurang mampu mengawal emosi dan gelojak cinta yang datang, serta tak dapat ditahan-tahan. Apabila kamu dilanda perasaan perasan, gawat jadinya - bukan kamu yang gawat tetapi orang yang kamu perasan itu yang pening! Segalanya mungkin serba tak kena. Mungkin, orang yang kamu perasan itu berkata, "Saya suka kamu." Suka itu mungkin dimaksudkan suka berkawan tetapi kalau kamu sudah dilanda perasaan perasan, tafsiran kamu berlainan. Kamu mungkin menafsirkannya sebagai, "Saya cintakan kamu!"

Pastikan kamu bercinta dengan betul dan mencintai dengan betul. Kerana cinta itu terbentuk di dalam perasaan yang halus, sentiasalah melihat ke dalam perasaan halus itu. Moga kamu tidak tersalah tafsir perasaan menjadi perasan!

2 ulasan:

ga_thisMiss3 Thursday, December 28, 2006  

alangkah sedihnya.. hatiku..
parap parap! huhuhu

Unknown Tuesday, January 02, 2007  

wah kesah centak.. hihiks

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP