Persahabatan Tanpa Cinta

Monday, September 4, 2006


Mampukah kita membayangkan persahabatan tanpa cinta?

Persahabatan dan cinta adalah teman terbaik, kerana di mana ada cinta, persahabatan selalu ada di sampingnya. Dan di mana persahabatan berada, cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan persahabatan.

Pada suatu hari persahabatan mulai berfikir bahawa cinta telah membuat dirinya tidak mendapat perhatian lagi kerana persahabatan mengganggap cinta lebih menarik daripada dirinya.

"Seandainya tidak ada cinta mungkin aku lebih terkenal, dan lebih ramai orang memberi perhatian kepadaku," begitu fikir persahabatan.

Sejak hari itu persahabatan memusuhi cinta. Ketika cinta mulai bermain bersama, persahabatan sering seperti akan menjauhi cinta. Apabila cinta bertanya kenapa persahabatan menjauhi dirinya, persahabatan hanya memalingkan wajah dan menghindar meninggalkan cinta.

Kesedihan pun menghampiri cinta, dan cinta tidak sanggup menahan air matanya lalu menangis tersedu-sedu. Kesedihan hanya termangu memandang cinta yang kehilangan teman baiknya.

Beberapa hari tanpa cinta, persahabatan mulai bergaul dengan kecewa, putus asa, kemarahan dan kebencian. Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya, dan orang-orang mulai tidak menyukai persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak disukai lagi. Walaupun persahabatan cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan. Persahabatan menyedari dirinya bahawa tidak lagi disukai lantaran ramai orang yang menjauhi dirinya. Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah kesedihan melihat persahabatan, lalu menyampaikan kepada cinta bahawa persahabatan dalam kedukaan.

Dengan segera cinta berlari dan menghampiri persahabatan. Saat persahabatan melihat cinta menghampiri dirinya, dengan air mata yg berlinang persahabatan pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan cinta. Akhirnya, persahabatan dan cinta kembali menjadi teman baik, persahabatan kembali menjadi peribadi yang menyenangkan dan cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang akhirnya melihat kedua teman baik itu sebagai berkat dan anugerah dalam kehidupan.

Kesimpulannya, mampukah persahabatan tanpa cinta? Mampukah cinta tanpa persahabatan?

Sering kali kita temui ramai orang memisahkan persahabatan dan cinta kerana mereka berfikir jika persahabatan sudah diselami dengan cinta, pasti akan menjadi sukar. Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita.

Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, di mana cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai persahabatan. Tanpa cinta, persahabatan mungkin akan diisi dengan kecewa, benci, marah, egois dan pelbagai hal yang membuat persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara cinta dan persahabatan, biarkanlah ia tetap menjadi teman baik. Yang harus diperbetulkan adalah cinta bukanlah perosak persahabatan. Cinta memperindah persahabatan kita. Sering kali cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. Salah besar! Seharusnya dengan ada cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Bagi yang sedang mengalami pergolakan dalam persahabatan, jangan salahkan cinta! Tetapi cubalah perbaiki persahabatan dengan cinta. Kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Mereka yang belum mengerti erti persahabatan - cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti bahawa segala sesuatu tidak bukan berlaku dengan keinginan kita.

Untuk yang sedang kecewa dengan persahabatan, renungkanlah; apakah saya sudah menjalani persahabatan dengan benar? Dan, cubalah memahami erti persahabatan untuk hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan kita temui dalam persahabatan.

3 ulasan:

Akema Monday, September 04, 2006  

bersahabat bersama cinta...
;)

BraderMacho Monday, September 04, 2006  

teruskan cintamu! hehehe...

Anonymous Wednesday, September 06, 2006  

sahabat adalah untuk selamanya dan cinta adlah untuk DIA yang hakiki..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP