Jangan Terlewat...

Monday, September 4, 2006

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita sepanjang ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat... mengapa kamu berlengah untuk cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.

5 ulasan:

Akema Monday, September 04, 2006  

sesuatu yg benar...
hargai lah yg menghargai..
sayangilah yg menyayangi...
slagi dia ada disisi...
;)

BraderMacho Monday, September 04, 2006  

untuk semua orang...
jangan terlewat!

yleobyfaeiz Wednesday, September 06, 2006  

suke baca entri brad..penuh makna :)

Hajar Wednesday, September 06, 2006  

jangan sampai terlewat....
bila dah terlewat, takkan berguna sebab ia dah hilang dari pandangan + genggaman...

Anonymous Tuesday, November 07, 2006  

aku prnh skali terlewat tp../
nk buat mcm mn kan/
sptmn die aku jua ader impian dlm hidup/
klu boleh mmg semua kta nk ia berada dlm genggaman kte/
tp nk buat mcm mn/
tgn yg ader x cukup nk pegang sume/
mungkin ade hikmah d sebaliknya/
tp pd sume/
jgn la terlewat untuk melafazkannya/
pd org yg kte syang/
kelak/
bl dh terlewat, anda tentu akan menyesal/

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP