Kita Bahagia...

Friday, September 8, 2006

Manusia bahagia bila dia mampu membuka mata. Untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak hal yang bererti. Manusia boleh bahagia bila dia mahu membuka mata hati. Untuk menyedari, betapa dia dicintai. Manusia boleh bahagia, bila dia mahu membuka diri. Agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.

Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada.

Manusia buta, kerana egois dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mahu sedar kerana serakah.

Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinombor-satukan.

Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu hal, belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.
Kebahagiaan bersumber dari dalam diri sendiri, jikalau berharap dari orang lain, bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila mampu menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.

Percayalah kepada Tuhan, dan bersyukurlah kepadanya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati, DIA akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak orang.

1 ulasan:

Akema Monday, September 11, 2006  

hmm...mungkin...tp blaja la dr kesilapan...andai mahu terus bhgia...
mungkin bukn skg..tp satu ari nnti...
salam bhagia tuk semua...
thnx brad... ngeh34.. ;)

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP