Ungkapan Cinta Lelaki

Friday, September 15, 2006



Pada dasarnya, cinta memang bukan sekadar kata-kata. Cinta boleh diekspresikan dengan pelbagai cara. Namun, sayangnya tidak semua wanita mengetahui cara-cara lelaki dalam mengungkapkan cinta sehingga akhirnya mereka salah mengerti. Berikut beberapa cara sederhana lelaki dalam mengungkapkan cintanya.


Mengatakan, “I Love You”

Cara paling mudah untuk mengesan perasaan cinta daripada seorang lelaki adalah melalui ungkapan kata-kata ‘Aku Cinta Kamu’ atau ‘I Love You’ yang dilafazkannya. Kalimah ini merupakan langkah besar bagi beberapa lelaki kerana memang tidak mudah untuk mengungkapkannya. Kalimah sakti ini mengandung erti tentang dalamnya perasaan seseorang. Sementara, bagi lelaki lainya, perkataan ‘I Love You’ juga bererti menawarkan suatu komitmen atau janji, bahawa dia akan selalu menyertai si kekasih dan mahu melakukan segala sesuatu untuknya.

Bagi kebanyakan lelaki, ada sedikit kebimbangan yang muncul ketika ingin mengucapkannya. Lelaki bimbang akan penolakan daripada si pujaan hati. Oleh kerana itu, kebanyakannya, sebelum melafazkan kalimah ini, lelaki harus merasa selesa dahulu dengan hubungannya. Selain itu, dia juga harus tahu seberapa dalam perasaan si wanita terjadap dirinya.


Memberikan ‘Hadiah’ Istimewa

Cinta tidak selalu harus dikatakan secara verbal. Tapi cinta juga boleh diungkapkan melalui tindakan. Contohnya dengan memberi hadiah. Hadiah itu sendiri tidak semestinya dalam bentuk material seperti bunga atau yang lainnya. Ada jenis hadiah lain yang kerap diberikan oleh lelaki kepada pasangannya namun seringkali tidak disedari oleh si wanita. Misalnya, waktu yang diluangkan oleh lelaki untuk menemani kekasihnya.

Bagi lelaki tindakan ini jelas merupakan ekspresi cinta kerana dia memilih untuk menghabiskan waktunya bersama si kekasih dari berkumpul dengan keluarga atau teman. Bentuk ‘hadiah’ lainnya adalah berupa sokongan ketika si kekasih menghadapi kesukaran, Atau melakukan pekerjaaan ringan mahupun berat untuk pujaannya. Tindakan mengajak si kekasih menghadiri pertemuan penting serta selalu meletakkan pujaan dalam fikirannya yang pertama atau dalam merencanakan apa jua merupakan ungkapan cinta seorang lelaki kepada wanita.


Ungkapan-ungkapan Fizikal

Ekspresi cinta dapat juga ditunjukkan oleh seorang lelaki secara fizikal. Misalnya dengan memimpin tangan sewaktu jalan berdua, menatap mata kekasih dalam-dalam atau membelai rambut dengan lembut (sesuai untuk yang dah sah nikah). Hubungan fizikal seperti ini mampu memberikan keakraban perasaan yang tidak dapat diperoleh dengan mudah dengan cara lainnya.


Memperkenalkan kekasih Kepada Orang Terdekat

Jika pasangan anda sudah memperkenalkan anda kepada orang-orang terdekatnya, seperti keluarga dan teman karib, maka itu pertanda dia memiliki perasaan yang dalam terhadap anda. Tindakan itu menunjukkan, bahawa dia bangga dengan anda dan ingin menghubungkan anda dengan orang-orang yang sangat bererti dalam hidupnya. Dia juga menginginkan anda memberikan perhatian kepada mereka, dan sebailknya mereka akan memberi perhatian juga kepada anda.

1 ulasan:

Anonymous Monday, October 09, 2006  

can't trust men's word anymoe..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP