Cinta Sejuta Rasa

Friday, August 11, 2006


Siapakah yang mampu memberitahu seluruh alam maya ini bagaimana rasanya cinta? Maniskah atau pahitkah? Indah berbunga-bunga atau duka meruntun jiwa? Setiap kita hanya tahu terlalu sedikit tentang cinta, walaupun telah seratus kali bercinta! Malah kalau kita pernah bercinta sejuta kali sekalipun, masih belum cukup untuk meletakkan kita sebagai insan yang mengetahui segala rahsia di balik cinta.

Cinta itu mungkin saja boleh dilihat sebagai penuh misteri. Kerana, rasanya yang berbeza untuk setiap umat manusia yang merasainya. Cuba tanyakan kepada sesiapa saja tentang pengalaman cintanya. Memang setiap orang mempunyai pengalaman dasarnya tentang cinta, namun perinciannya tak akan pernah sama. Atau, kita mungkin boleh berkata, penglaman cinta seseorang itu serupa dengan cinta yang kita alami, namun... 'yang serupa itu tetap tidak akan sama'!

Maka itu, cinta harus kita layari, agar kita tahu bagaimana hebat alunan gelombangnya. Cinta harus diselami, barulah kita tahu sejauh mana dalam dasarnya, dan apa pula yang akan kita temui di dasar lautan cinta itu. Cinta harus dirasai dan kita akan dapat mengecapi di mana manis, di mana pahitnya.

Cinta bukan sekadar sebuah ungkapan. Cinta tak cukup hanya dengan bemain kata-kata, bersembang, SMS, chatting, atau... cinta bukan sekadar teori! Ada banyak buku, ada banyak novel, ada banyak kajian tentang cinta... namun, itu sebenarnya tidak cukup untuk membekali hidup kita dengan yang namanya cinta. Segala macam sumber tentang teori cinta itu adalah 'pengalaman masing-masing' si empunya cerita. Itu bukan hak kita! Hak kita tentang pengalaman cinta itu apabila kita mengalaminya sendiri.

Cinta perlu ada manisnya, dan juga perlukan pahitnya untuk keseimbangan cinta itu sendiri. Kerana kita lebih berbicara tentang cinta dunia, cinta yang bukan abadi, makanya kita memerlukan manis dan pahit dalam rencah cinta. Sebenarnya, manis dan pahit itu sekadar perlambangan terhadap sejuta rasa cinta yang tak mampu kita gambarkan.

Jangan rasa dungu kerana pengalam cinta bodoh yang dialami, kerana sesungguhnya setiap sesuatu itu berlaku ada sebab dan hikmahnya. Mungkin Maha Penyayang mahu memberikan kita satu lagi pengalaman tentang hidup dan kehidupan. Mungkin Maha Pengasih mahu kita lebih mengerti tentang 'cinta sejati' kepada-Nya dengan meleburkan cinta fana yang terlalu kita agungkan.

Yang sebenar-benar patut berasa dungu adalah insan yang menolak cinta! Kerana menolak dan lari dari cinta ibarat menolak dan lari dari mempelajari satu lagi pengalaman hidup dan kehidupan. Kemudian yang juga dungu adalah insan yang terlalu mengajar cinta tanpa mengira keperluannya.

Ingat! Kita hidup atas dasar cinta - cinta dunia dan cinta sejati kepada Maha Penyayang. Dalam hidup dan kehidupan kita perlu merasai dua perkara untuk keseimbangan...

5 ulasan:

Anonymous Friday, August 11, 2006  

hakikatnya cinta mmg sukar untuk difahami...hanya yang dah melaluinya je yang tahu macam mana rasanya nikmat cinta tu...

BraderMacho Friday, August 11, 2006  

ye pu3... jom bercinta, nak? hak! hak! hak!

Akema Friday, August 11, 2006  

begitu yer...
nak jugak bercinta...hehehe
tp sentiasa berdoa cinta itu kekal slamanyer...
doakan yer....
;)

Anonymous Friday, August 11, 2006  

boleh ke brad? hehehe
meh kte sama2 mendoakan akma...Amin..

Akema Monday, August 14, 2006  

Amin...
juga mendoakan cinta utk pu3, brad dll
hehehehhe...
insyAllah..
;)

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP