Cinta Adalah...

Tuesday, August 1, 2006


Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta. Cinta akan berjalan lancar jika diiringi oleh rasa saling mempercayai. Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta. Cinta akan berjalan lancar jika di iringi oleh rasa saling mempercayai.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu hanya sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? Cinta seumpama kaca kristal, indah dipenglihatan, derita di perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi, bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Perhabatan biasanya berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncang jiwa.

Gerak-geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata

Apakah sebenarnya cinta? Cuba katakan... Tak lain dan tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran, dua hati dalam satu debaran.

Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau. Saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang, seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya.

Cinta yang lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci. Manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati?

4 ulasan:

Anonymous Tuesday, August 01, 2006  

ehe. kirenye...cinte terbaek adela cinte suci ke sejati?
mcm menghala maksod yg same je brad..

tanpa melihat pon boley ade rase cinte.
tanpa mendenga pon boley ade rase cinte.

ade ape dengan cinte pandang petame? semacam cinte yg RUPAlistik semata. kekal atau tak...wallahualam.

antara iman dan cinte...
lebih banyak yg korbankan iman..
sayang 8000 kali sayang..
murah rupenye harge sekeping iman..

Akema Friday, August 04, 2006  

hmmm...
kenapa begitu yer brad??
ntahla..
kerana sayang atau kerana cinta??
~semoga abadi~

BraderMacho Friday, August 04, 2006  

cinta suci atau sejati, kedua2nya adalah cinta juga, kedua2nya bagus mengikut kesesuaian dan masa.

tetapi biasanya begini... cinta akan didahului dengan cinta sejati... apabila cinta itu sejati maka ia akan menjadi suci pula.

cinta buta, jadi tak melihat pun tetap boleh jatuh cinta. contohnya, berapa ramai yang cinta cyber, chatting tanpa bersua...

cinta padang pertama bukan cinta sejati. contoh brad bersua famia lalu terdetik rasa, "wah... cun awek nih!" ada rasa cinta melalui pandangan pertama ke arah famia. kekal atau tidak bergantung kepada tindakan susulan.

orang yang beriman akan menjaga cintanya. manakala orang yang mabuk cinta biasanya akan menggadai imannya.


sayang atau cinta... adalah perasaan yang ada dlm diri kita. apa2 pun yang melibatkan 2 hal ni, akan berkait pula dengan hidup dan kehidupan kita. cinta atau sayang? lebih baik akma memiliki kedua2nya. hehehehe...

Anonymous Sunday, August 06, 2006  

cinte petame?
tu cinte paras rupe namenye.
x kenal budi ngn pangai da jatoh centa...

pengalaman petame ngn keduwe kes gitu le. akhernye jd ampeh. ha ha ha. bosan la ngn laki. xyah nak carik cinte. die akan dtg sendiri.

kalo Dia da tentukan jodoh kite...buat ape nak carik lagi? nak sediakan diri seblom jumpe yg betol? mcm buang mase je...lebeh baek doa banyak2 ke ape ke pastu beserah padaNya..

tp tiap kali ckp centu kat sesape..mesti derang pertikaikan Siti Khadijah..beliau x kesah pon ngn perigi carik timbe..tp tu Siti Khadijah..kite bukan siti khadijah..

cinte...ehe..malas nak pk..
bemaen ngn emosi memang memudaratkan..jaohkan la seblom tepesong jaoh dr landasan sebetolnye.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP