Siapa Yang Harus Memulakan?

Friday, July 28, 2006


Cinta itu penuh misteri, begitu kata seseorang. Dan, rasanya ungkapan itu harus kita akui akan kebenarannya kerana sehingga kini tak ada seorang pun yang mampu menghurai tentang cinta itu secara terperinci. Tak salah kalau dikatakan cinta itu ibarat lautan - ada pasang surutnya. Tak salah juga kalau kita nak menggambarkan cinta itu sebagai ribut taufan - bila- bila masa ia melanda, segalanya jadi tak tentu arah!

Cinta bukan saja ada seribu satu makna tafsiran, malah ada sejuta satu, atau mungkin lebih daripada itu!

Dalam cinta siapa yang harus memulakan? Haruskah lelaki yang memulakannya? Begitukah undang-undang dalam cinta? Itu sebagai satu kebiasaan dan kebiasaan itu sebenarnya boleh diubah. Malah tak kurang ramai perempuan yang memulakan dahulu dalam soal ini. Jangan menyempitkan sesuatu yang luas... malah terlalu luas ini! Jangan dipandang dari sudut negatifnya, dan terlalu terikat dengan kata-kata 'perigi mencari timba' itu!

Bagaimanapun Hukum Cinta menyebut bahawa lelaki harus memulakan dahulu. Makanya, jika lelaki-lelaki di luar sana ingin menjadi 'lelaki', ingin perempuan melihatnya sebagai seorang 'lelaki'... tunggu apa lagi? Mulakan! Jangan jadi dungu dan sudahnya akan ada yang gigit jari dan telan air liur begitu saja!

Ada ungkapan mengatakan bahawa seseorang boleh jadi 'bodoh' kerana cinta. Tetapi seseorang juga boleh jadi 'bodoh' kerana tak tahu nak memulakan cintanya! Cinta adalah perasaan, seperti juga perasaan-perasaan lain yang ada di dalam diri kita. Perasaan yang dipendam dan diperam sebenarnya tak akan memberi faedah, malah hanya akan menjadikannya semakin 'masam'!

Untuk seorang lelaki yang ingin bercinta; 'Cintailah seorang perempuan dan tunjukkan cinta itu kepadanya!'

Untuk seorang perempuan yang ingin dicintai; 'Cintailah lelaki yang menyintaimu, jangan menyintai lebih daripada dia menyintaimu!'

Seorang perempuan mengadu bahawa dia menyukai kemudian menyintai seorang lelaki. Dan, lelaki itu juga telah menunjukkan rasa cinta kepadanya, sekali gus menampakkan sedikit harapan bahawa hubungan itu akan memasuki fasa-fasa yang lebih romantis. Namun, selari dengan peredaran masa lelaki itu kelihatan semakin hambar dan semarak cintanya semakin berkurang. Dia sebenarnya mencari sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

Dia mencari kepastian cinta daripada seorang perempuan sedangkan perempuan itu pasti dengan cintanya. Maka, lelaki itulah yang 'sasau' dalam pencarian cinta. Entah menerawang ke mana mencari cinta sedangkan cinta ada di dalam dirinya!

Dalam cinta ada peluang dan harapan. Setiap manusia akan diberi peluang tetapi kadangkala kita tak sedar bila peluang yang sebenar-benar peluang itu datang. Lalu, kalau peluang itu terlepas kita tak akan bertemu dengan peluang sebaik itu lagi. walau ada peluang-peluang lain, nilainya tak akan serupa.

Wahai lelaki, jangan bermimpi mencari si bidadari jika cintamu tak pasti. Wahai perempuan, jangan menanti si putera idaman andai cintamu tak pernah kau kembangkan.

Cinta adalah pelajaran tentang hidup, belajarlah dan bercintalah!

10 ulasan:

iman yalin @ insan yalin Saturday, July 29, 2006  

siapa yang harus memulakan?
walau terasa janggal jika p yg memulakan tapi bahana cinta, kita perlu merebutnya..

biarlah dia yang menyintaiku sepenuh jiwa dari aku menyintainya hingga terasa terbaliknya dunia.. salam penuh cinta dari yalin.

BraderMacho Saturday, July 29, 2006  

yalin > cinta itu milik semua. cinta itu milik Maha Pencipta. Kalau DIA boleh menunjukkan, memulakan cinta kepada hamba hina seperti kita... so, apakah salah perempuan memulakan cinta dahulu? siapakah perempuan itu?

iman yalin @ insan yalin Monday, July 31, 2006  

ya brad tak salah perempuan memulakan.. itu cinta. maka biarlah siapa sahaja yang memulakannya..

Anonymous Monday, July 31, 2006  

tak salah tak bermakna ianya betul

ZaKiN Monday, July 31, 2006  

Cinta... ermmm.. ertinya yang mendalam.. bukan sapa yang patut memulakan tapi bagaimana untuk mempertahankannya apabila ia terjalin.... Salam kenal erkk..

Akema Friday, August 04, 2006  

sedang ingin bercinta...
memulakn mungkin xsush..
tp menjaga jalinan cinta memerlukan kesabaran...

BraderMacho Friday, August 04, 2006  

cinta harus dipelajari setiap masa, sebagaimana kita belajar tentang hidup dan kehidupan.

kalau kamu lelaki, teruslah belajar tentang perempuan. dan, kalau kamu perempuan sentiasa belajar tentang lelaki. kerana segalanya akan berubah, berubah dan berubah mengikut masa...

bercintalah, cintailah cinta! hehehe...

Anonymous Thursday, August 10, 2006  

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous Friday, August 11, 2006  

Very pretty site! Keep working. thnx!
»

Anonymous Friday, February 23, 2007  

best regards, nice info »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP