> Tentang Keinginan & Impian

Monday, May 1, 2006

Muhammad Ali mengatakan bahawa si juara dihasilkan dari keinginan, impian, dan visi. Sementara, Dennis Waitley, mengatakan bahawa pemenang selalu mengatakan 'saya akan' dan 'saya boleh'. Ini adalah pekerjaan fikiran. Memang tidak nyata tetapi akan membawa impak yang luar biasa bagi kehidupan kita jika fikiran kita sudah diletakkan seperti yang dijelaskan tadi.

Keinginan datang dari fikiran. Semua orang memiliki fikiran, jadi semua orang boleh memiliki keinginan. Bahkan, memang semua orang punya keinginan. Siapa yang tidak? Lalu mengapa tidak semua orang menjadi orang sukses. Tentu saja keinginan yang membawa kepada kesuksesan berbeza dengan keinginan biasa. Keinginan yang membawa kepada sukses adalah keingianan yang sangat jelas dan keinginan yang memberikan dorongan yang besar untuk mencapainya. Bukan sekadar keinginan yang bila tercapai tidak membawa impak, begitu juga jika tidak. Bukan juga keinginan yang samar, seperti saya ingin bahagia dan saya ingin kaya.

Apa bezanya keinginan dan impian? Impian adalah bahagian dari keinginan. Impian memiliki makna lebih khusus, impian digunakan untuk keinginan yang besar, keinginan yang menurut kebanyakan orang sulit atau tidak mungkin dicapai. Sudahkah kita punya impian? Sementara visi adalah gambaran dari impian tersebut, dimana impian tersebut seakan-akan sudah kita capai. Visi adalah gambaran kita masa depan, ketika semua keinginan kita tercapai.

Al-Quran, dengan indah membangun visi manusia. Visi ketika berada di syurga. Gambaran indah syurga seakan-akan sudah terjadi pada diri kita. Gambaran syurga yang indah begitu sering diulang-ulang dalam Al-Quran dan juga kita dianjuarkan untuk membaca Al-Quran sekerap mungkin. Hikmah yang dapat kita ambil adalah agar visi kita di akhirat tersebut melekat dalam kepala kita sehingga memiliki dorongan kuat untuk mencapainya.

Berikut adalah salah satu contoh bagaimana gambaran syurga diberitahukan kepada manusia.

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
(QS Al Baqarah[2]:25)

Masih banyak lagi gambaran indah tentang syurga baik dalam ayat Al-Quran mahupun hadis.

Fikiran positif, yang salah satunya memiliki visi hidup yang jelas baik dunia mahupun akhirat insya-Allah akan membawa kita kepada keberhasilan. Fikiran positif lainnya ialah selalu berkata 'saya boleh' dan 'saya akan'. Meskipun secara islami akan lebih baik jika di tambah dengan kata insya-Allah. Kata-kata 'saya akan' dan 'saya boleh' adalah refleksi dari fikiran positif yang tidak menyerah pada keadaan, apapun keadaan yang dilaluinya.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP