> Harapan & Peluang

Thursday, May 4, 2006

HARAPAN TETAP ADA! Ya, begitulah yang harus ada bagi seseorang yang tak mahu dirinya terus tenggelam dalam lautan kecewa. Yang tak mahu hanyut dibawa arus deras dugaan yang datang tanpa putusnya. Namun, adakah harapan itu akan menjadi sebuah kenyataan?

Persoalan ini tak akan dapat dijawab oleh orang lain, kecuali diri sendiri.

Sebelum itu, harapan bagaimanakah yang biasanya ada di dalam hati kita? Harapan-harapan yang sudah tentu mahukan ‘kebahagiaan’. Kebahagiaan dalam apa jua situasi. Kebahagiaan yang begitu luas pengertiannya – sama ada yang berhubung-kait dengan soal hidup dan kehidupan, atau soal-soal lain yang merangkumi bahagian hidup dan kehidupan termasuk soal pelajaran atau kerjaya.

Mungkin ramai yang kurang menyedari bahawa selepas harapan, harus juga difikirkan tentang peluang. Ada sejuta orang, mungkin mempunyai segunung harapan tetapi tidak mendapat apa-apa peluang. Lalu, di sinilah persoalan adakah harapan itu akan menjadi kenyataan boleh dijawab.

Bagaimana sebuah harapan boleh menjadi kenyataan andai tiada peluang yang diberikan? Mungkin ada suara mengatakan, peluang itu tidak datang sendiri dan ia harus dicari. Memang… apa jua yang kita ingini harus dicari, harus diusahakan agar kita mandapatkannya.

‘Yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih pula tak akan datang melayang.’

Tetapi bagaimana pula andai memang tak ada peluang, walau telah puas dicari? Makanya, di sinilah ramai yang kecundang dan… HARAPAN pun leburlah menjadi debu! Harapan tetap ada, peluang pula bukan sentiasa ada. Oleh itu harus ada kekuatan extra untuk terus memikul sebuah harapan dan mencari satu peluang keemasan.

Redha! Terima dan hadapi walau tahu ia cukup menyakikan. Tetapi itulah yang harus ada agar harapan terus subur dan peluang sebenarnya belum terpadam, hanya kita yang belum masa untuk menerima peluang-peluang dari harapan yang kita tamankan. Atau, sebenarnya Tuhan masih belum mengizinkannya sehinggalah masanya sesuai kelak.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP