> Kedewasaan

Friday, May 19, 2006

Perbezaan itu suatu yang biasa, bila diterima dengan kedewasaan. Bahkan perbezaan itu, akan menjadikan suatu bentuk kesempurnaan, dan melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing bila perbezaan diterima dengan keikhlasan dan kelapangan jiwa tanpa diliputi oleh rasa iri dan keegoisan.

Kejujuran bersemayam di dalam hati kecil manusia tanpa mampu dijangkau oleh akal fikir dan logi. Berkata jujur dan apa adanya sudah mengurangi sebahagian beban yang ada. Meskipun akan menimbulkan suatu kepahitan yang harus ditelan namun hidup lebih berharga bila dilandasi dengan kejujuran.

Hidup itu suatu pilihan manusia untuk menentukan dirinya akan menjadi apa. Sedangkan, kematian adalah pasti kepada manusia yang tidak dapat dihindarkan walau hanya sekedip mata.

Menjadi tua adalah suatu keharusan, tetapi menjadi dewasa adalah suatu pilihan. Begitupun menjadi seorang bijak, adalah pilihan yang didasarkan atas kedewasaan, pengalaman hidup dan kematangan dalam berfikir. Adakalanya orang menjadi tua, tapi tidak pernah menjadi dewasa, apalagi menjadi seorang bijak? Kerana hanya orang bodoh yang tidak mahu memetik pelajaran dan mengambil hikmah dari setiap pengalaman.

Kejujuran adalah apa yang terlintas di hati, diucapkan dengan kata-kata, dan dibuktikan dengan sikap. Kemunafikan adalah, apa yang diucapkan dengan kata-kata tidak sesuai dengan yang diinginkan di hati, dan tidak selalu sama dengan yang dilakukan.

Pengecut adalah, menutupi segala kebenaran di hati, malu untuk mengakui, takut untuk melangkah kerana suatu risiko yang belum tentu terjadi.

Kedewasaan adalah, mampu menyikapi segala bentuk kenyataan yang terjadi, menerima semua kritikan yang datang, dan tidak memaksa pendapatnya untuk diterima.

Orang bijak selalu belajar dari pengalaman, merenung dan introspeksi diri tanpa membodoh-bodohkan orang lain, kerana tidak ada orang yang mulia tanpa
melalui suatu kebodohan yang pernah dilakukan. Mengenal diri adalah kunci
hidup suatu ketenangan batin, memahami kesalahan adalah suatu keberhasilan
sedangkan memaafkan kesalahan orang lain, adalah suatu kemuliaan.

Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU,
dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan-MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, wahai dzat Yang Maha Melihat…

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP