> Pengalaman Mengajar Kita Sesuatu

Tuesday, March 21, 2006

Pernahkan mendengar ungkapan yang mengatakan bahawa 'pengalaman adalah guru yang bijak'? Betapa pentingnya belajar kepada guru yang bijak ini. Lihatlah iklan jawatan kosong yang kebanyakannya meminta PENGALAMAN. Suatu kata yang tidak disukai oleh para fresh graduate.

Namun sayang, banyak orang yang tidak mampu mengambil pelajaran daripada guru yang bijak ini. Ada orang yang mengalami kegagalan yang sama berulang kali. Ada juga orang yang tidak mengalami peningkatan setelah puluhan tahun melakukan sesuatu pekerjaan.

Jangan sampai kita juga menjadi orang yang tidak belajar kepada guru yang bernama pengalaman ini. Bukan pengalamannya yang salah, tetapi cara belajarnya yang salah atau bahkan tidak belajar kepada guru ini. Mungkin juga dia mengambil pelajaran yang salah dari pengalaman.

Lalu bagaimana cara belajar kepada pengalaman? Pengalaman mengajarkan kepada kepada berupa kepakaran. Cubalah evaluasi kemampuan kita, apakah semakin hari kemampuan kita bertambah? Jika tidak, bererti kita belum belajar kepada pengalaman. Sebagai contoh, jika kita membuat sesuatu selama 10 minit, maka suatu ketika kita harus mengerjakannya dalam waktu kurang dari 10 minit atau waktu yang sama tetapi hasil yang lebih baik. Kita akan dapat mengerjakan lebih baik, jika kita belajar kepada pengalaman tentang apa saja yang membuat lama dan apa saja yang menyebabkan hasil pekerjaan tidak baik.

Pengalaman sebenarnya tidak menggambarkan diri kita. Tetapi guru tersebut menunjukan apa yang telah kita lakukan. Jika kita telah berhasil melakukan sesuatu, bukan bererti seperti itu kemampuan kita. Tetapi pengalaman tersebut hanya memberitahu bahwa kita mampu melakukan hal tersebut. Apakah kita mampu melakukan lebih baik? Pengalaman tidak menceritakan tetapi kitalah yang harus mencarinya dengan membuat pengalaman baru. Juga, jika memiliki pengalaman yang gagal, itu juga bukan gambaran diri kita. Kita bukanlah orang gagal. Kita hanya gagal kepada pengalaman itu.

Mari kita sama-sama belajar kepada pengalaman. Bukan saja pengalaman diri kita saja, tetapi kita juga boleh belajar kepada pengalaman orang lain. Pengalaman adalah guru yang bijak.

2 ulasan:

Anonymous Friday, March 24, 2006  

Bagaimana pula jika kita menyatakan:

"Don't ever bercakap kerana mulut, tapi bercakaplah atas dasar pengalaman.."

Adakah betul ianya terlalu bersifat arguably? Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan kalimah "berdasarkan ilmu" itu lebih sesuai. Memang informasi ini jelas no need to anyobjection sama sekali sebenarnya.
Cumanya para philosophy berselisih tentang punca sumber ilmu itu diperoleh (yakni bagaimana ilmu itu terhasil)
Dan lagi.. perselisihan mereka itu terbahagi kepada dua:
1. melalui kombinasi indera dan pengalaman (empiricisme)]
2. Berdasarkan akal semata (sensationalisme)

So..what do you thing?

Anonymous Thursday, May 17, 2007  

Sepanjang tahun ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) adstypist.com di Malaysia. Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pemprosesan data pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelanggan dan telah beroperasi sejak sekian lama dalam industri ini. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses data pengiklanan; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi ke
http://www.adstypist.com/


jawatan kosong

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP