| Tentang Cinta & Itulah Cinta |

Tuesday, January 24, 2006


“Maafkan aku seandainya tiap bicara, tiap tingkah dan laku, tiap keputusan, tiap buah fikiran, tiap perasaan... tiada keserasian, tiada kesejiwaan, tiada kesamaan mahupun yang diharap tak kunjung tiba. Aku hanya insan biasa... Ketahuilah rindu, sayang dan cinta itu tak ternilai dan tergambar dengan kata-kata. Cubalah perlihatkan dengan perbuatan yang mungkin dapat dirasakan, dinilai mahupun dijadikan bukti yang hakiki... moga ia kekal hingga ke akhir nanti…” - Catatan Seorang Lelaki


Adakah telapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong? Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi kepadanya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi... adakah kita tetap bertahan kerana di antara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagiaan yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya... menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk? ITULAH CINTA.

4 ulasan:

Anonymous Monday, February 06, 2006  

bez, tapi sy msh x phm pe itu cinta. (*_*)

Anonymous Thursday, March 23, 2006  

best....... tp masih x paham cinta............

Anonymous Friday, March 31, 2006  

betul tuu...tp masih ramai manusia yg xtahu menghargai cinta sejati..

Anonymous Tuesday, April 24, 2007  

What a great site » »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP