| Bicara Tentang Cinta |

Friday, January 27, 2006


Cinta itu ibarat bayangan, semakin engkau kejar maka ia semakin jauh. Makanya biarkanlah dirimu pada satu tempat maka bayangan itu akan menghampirimu dan tak akan pergi ke mana-mana.

Cinta itu ibarat air di telapak tangan, jika engkau genggam tanganmu maka air itu akan hilang, tapi biarkanlah tanganmu terbuka kerana dengan begitu ia tidak akan pergi ke mana-mana.

Cinta itu seperti seekor kuda liar, jika engkau tidak mengikatnya kuat-kuat maka ia akan lari. Oleh itu ikatlah ia kuat-kuat dan teruslah mengawasinya kerana kita tidak tahu bila kita membuka dan mengikatnya.

Cinta itu juga seperti angin, engkau hanya dapat merasakannya tapi tidak mampu memegangnya. Dan rasakanlah dengan penuh perasaan nescaya engkau akan mendapatkan betapa sejuknya angin tersebut.

Pernahkah engkau berjalan di satu tempat dan engkau melihat sesuatu yang indah menawan hati? Engkau ingin mengambilnya tetapi kerana engkau berfikir perjalannmu masih panjang dan engkau menyangka di hujung sana masih ada yang lebih bagus dari yang pertama engkau lihat. Namun ketika engkau berjalan terus engkau tidak ada sesuatu pun yang seindah seperti yang pertama engkau lihat tadi. Lalu engkau pun menyesal tidak mengambilnya. Itulah cinta.

Untuk menumbuhkan rasa cinta kadang-kadang kita harus menyelami erti cinta itu terlebih dahulu. Kerana terkadang kita terjebak oleh cinta itu sendiri. Tak kurang orang merasa bahagia ketika mendapatkan cinta namun kebanyakan daripada mereka merasa terhina kerana cinta yang berakhir pada rasa benci yang berlebih. Maka ketahuilah cinta yang baik adalah ketika kita menempatkan cinta itu pada tempat yang sesuai. Kita juga harus terus bersusah payah mencari cinta sehingga kita bosan dengannya kerana cinta yang kita harapkan tak kita perolehi. Namun pada waktu lain ketika kita sudah tidak berharap, cinta itu datang dan kita harus bersedia menerimanya.

Begitulah cinta, tak harus kita mencarinya dengan susah payah kerana cinta kelak akan datang tanpa diundang. Kita hanya harus persiapkan hati kita. Bersedia untuk segala-galanya.

Satu hal yang lebih penting adalah ketika kita mendapatkan cinta kita tak harus berlama-lama dengan cinta itu tanpa ada sebuah ikatan yang sah. Tapi segeralah ikat cinta itu dan engkau akan mendapatkan kebahagiaan untuk selamanya...

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP