Hikmah

Sunday, October 2, 2005

BERSYUKUR akan membuat kita melihat apa yang telah kita miliki. Bersyukur akan membantu kita berfikir lebih positif. Namun demikian, bukan bererti kita hanya harus bersyukur sahaja, tanpa cuba mencari apa yang belum kita alami atau yang belum kita perolehi. Dengan mensyukuri apa yang telah kita miliki memang akan membuat kita bahagia. Tetapi Allah SWT tetap memerintahkan kita untuk mencari apa yang terbaik. Allah SWT telah memberikan pelbagai keistimewaan kepada kita untuk dipergunakan.


Salah satu alasan mengapa sebabagian orang tidak mahu meraih yang lebih baik kerana takut kecewa. Mereka takut gagal, mereka takut kecewa! Tentu saja ia akan memusnahkan kebahagian yang telah dimiliki. Sedangkan hakikatnya, kekecewaan itu bukan disebabkan oleh kegagalan, tetapi oleh sikap kita terhadap kegagalan tersebut.


Apa yang dapat kita lihat, kegagalan yang sama akan memberi impak yang berbeza kepada setiap orang. Ada yang menangis, ada yang putus asa dan tidak mahu berusaha lagi, ada yang melepas geram dengan membaling sesuatu, ada yang menjerit semahu-mahunya, ada yang marah, ada yang rilek, ada juga yang tersenyum.


Faktor lain yang sering membuat seseorang tidak bahagia ialah akibat dari kehilangan sesuatu. Sedih itu sesuatu yang normal, tetapi janganlah sedih berterusan sehingga kebahagiaan kita turut hilang. Rasulullah SAW sedih saat ditinggal anak, isteri dan bapa saudara Baginda. Tetapi Baginda masih boleh tersenyum selepas itu. Perang Uhud menyebabkan syahidnya puluhan sahabat Baginda. Tetapi apakah Baginda berhenti berperang?


Perang Uhud adalah satu contoh peristiwa tentang contoh kegagalan dan kehilangan. Namun, di balik semua itu ada pelbagai hikmah yang patut direnungi. Dari strategi perang, soal pengorbanan, ketabahan, harga sebuah kesilapan dan sebagainya.


Jika Rasulullah SAW berserta sahabat terbaik dididik oleh Allah SWT melalui hikmah dari satu peristiwa, begitu juga kita yang jauh lebih perlu untuk dididik. Allah SWT mungkin memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP