Ada Apa Dgn Langit?

Wednesday, October 5, 2005

BEBERAPA bulan terakhir ini bila mendongak ke LANGIT MALAM, menyisakan sedikit kepedihan di hati aku. Aku yang memang suka memerhatikan hal-hal kecil, kali ini semakin 'terpikat' oleh keluasan dan kepekatan langit di malam hari.

Ada apa dengan langit? Apa lagi LANGIT MALAM kali ini sungguh pekat, hampir tidak ada sebutir bintang pun yang gemerlap. Apa lagi bulan juga turut sembunyi, sehingga kegelapan semakin terasa. Namun, ia tetap begitu besar ertinya dalam mengingatkan aku kepada keluarga. Juga mengingatkan aku akan betapa kecilnya aku di hadapan Allah SWT. Bahawa aku manusia begitu tidak berdaya.

Merenung langit aku mampu menertawakan diri sendiri yang sering kali lupa bersyukur. Sering kali terlalu sibuk menoleh kiri dan kanan untuk membandingkan dengan orang lain. Merasa iri pada mereka yang terlihat 'lebih'. Walau apapun yang aku miliki saat ini, yang aku banggakan dan sangat aku cintai, suatu ketika segalanya akan aku tinggalkan. Dan tidak ada satu pun benda duniawi yang akan aku bawa selain selembar 'selimut putih'.

Sering pula aku lupa mensyukuri seteguk air yang mampu membasahi kerongkongku di pagi hari, dan sesuap nasi yang memujuk perut berkeroncong. Sering begitu sibuk bertanyakan kenapa aku tidak seperti si polan, kenapa aku tidak boleh begini seperti si dia. Dan pelbagai kenapa lainnya yang takkan pernah terjawab jika hati berkeras untuk tidak menerima jawapan yang sedia ada. Jawapan yang memang aku tahu - BERSYUKUR!

Aku menatap langit sekali lagi. Cukup untuk hari ini. Esok, di lain waktu, aku ingin meminta Maha Pemurah memberi sedikit lagi waktu untuk menatap langit. Mengalunkan zikir dan pujian-pujian kepada-Nya.

Maka hamparan ini suatu saat akan bersaksi
Akan sentuhan kuasa-Mu yang maha bertahta
Bahawa hidup, seperti layar dan lapisan yang membentuknya
Akan kembali pada satu titik, pualam mega.

1 ulasan:

Anonymous Thursday, February 22, 2007  

That's a great story. Waiting for more. » » »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP