Who Am I?

Tuesday, September 27, 2005

KETIKA kita ditanya, apakah kita ingin memperbaiki diri? Kita pasti menjawab 'ya'. Kita ingin menjadi lebih baik, lebih bahagia, lebih sihat, lebih kaya, lebih soleh. Ya, kita inginkan segalanya 'yang lebih' daripada yang ada sekarang.



Namun, apa yang terjadi? Kebanyakan daripada kita sebenarnya tidak bebnar-benar pasti akan tujuannya, matlamatnya. Sedangkan, sedarkah kita bahawa tujuan adalah merupakan arah kita menuju keadaan yang lebih baik. Tujuan seperti peta dan petunjuk ketika kita melakukan perjalanan.



Adalah terlalu sombong jika kita berasa bahawa kita mampu berjalan tanpa sebarang petunjuk yang jelas. Bukankah brgitu banyak ketidakpastian di depan kita? Ibarat jalan yang bercabang, yang mungkin membingungkan ketika kita menempuh perjalanan.



Peta akan bermanfaat ketika kita mengetahui kedudukan kita. Peta menjadi tidak berguna jika kita tidak mengetahui kedudukan kita. Jadi kita harus tahu di mana kita berada dan ke mana arah kita, yang akan membuat perjalanan kita semakin lancar, jelas serta cepat.



Untuk mengetahui kedudukan diri kita harus mengenal diri sendiri. Mengenal kecerdasan, bakat, hobi, watak atau sikap dominan. Tidak lupa lingkungan terdekat kita. Sebenarnya masih banyak aspek yang perlu kita kenali. Semakin banyak kita mengenali tentang diri sendiri akan semakin baik kedudukan kita.



Apabila kita benar-benar mengenal diri sendiri, kita akan sedar tentang segala keterbatasan kita di hadapan Maha Pencipta sehingga membuat kita tidak menjadi orang yang takbur. Di sudut lainnya kita juga akan sedar bahawa Maha Pemurah telah memberikan potensi yang tidak terhingga kepada diri kita untuk mengarungi kehidupan ini.



Setelah kita mengenal kemampuan diri, kemudian kita akan mengoptimumkan kemampuan yang kita miliki. Selain itu kita juga akan tahu kebolehan apa lagi yang belum muncul sehingga kita akan terus menggali pelbagai potensi tersebut. Jika dua hal ini kita lakukan, kita akan menjadi manusia yang bermanfaat di muka bumi ini, insya-Allah.



Dengan mengenal diri sendiri kita akan lebih mudah untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri. Kita akan tahu apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. Kita akan melakukan perubahan lebih terarah dan efektif. Perubahan diri kita kepada pelbagai aspek bukan hanya untuk bekalan hari esok, tetapi juga bekalan kita di hari akhir nanti.



Renung tentang diri kita. Analisis pelbagai aspek tentang kita sedalam dan sejelas mungkin, sehingga kita mengenal siapa kita ini. Manfaatkan nasihat dan teguran orang lain sebagai 'cermin' untuk melihat kekurangan sendiri.

0 ulasan:

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP