tentang kita

Friday, September 9, 2005


Bukan Sekadar 'Cinta'



Begitu banyak ungkapan tentang cinta kepada Allah SWT. Rasa cinta memang mutlak diperlukan untuk beribadah kepada-Nya. Tapi, apakah cukup kita memperhamba diri hanya dengan bermodalkan 'cinta'?



Imam Ghazali berkata bahawa sesungguhnya roja' (rasa berharap) dan khauf (rasa takut) adalah dua sayap. Dengan kedua-duanya, orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT terbang menuju kedudukan yang terpuji.



Rabiah Al Adawiyah, sufi wanita, mengatakan bahawa dia beribadah hanya kerana cinta, bukan kerana takut kepada neraka, atau kerena mengharap syurga. Dia beribadah semata-mata hanya kerana cinta kepada Allah SWT.



Tapi manusia bukanlah malaikat. Mungkin Allah SWT memang memilih segelintir hamba-Nya mampu merasakan kesempurnaan cinta yang luar biasa. Tidak semua orang mampu mencapainya.



Manusia hanyalah manusia. Dengan sedikit khilaf yang tetap mengharap rahmat-Nya. Dengan setumpuk dosa yang memohon pengampunan-Nya. Dengan sedikit amal yang mengharap syurga-Nya.



Manusia hanyalah manusia. Dengan takut akan mendapat seksa-Nya. Dengan cemas dosa-dosanya takkan terampuni. Dengan kengerian yang amat sangat diceburkan ke dalam neraka.



Mahabbah (rasa cinta), khauf (rasa takut), roja' (rasa berharap) adalah satu penyatuan utuh yang perlu mengiringi setiap ibadah. Bahkan, bukan hanya itu. Masih ada dua syarat lain yang harus dipenuhi. Ibadah harus dilakukan dengan ikhlas. Ibadah harus dilakukan sesuai dengan syariat yang diajarkan Rasulullah SAW.



Ternyata... tidak cukup bila hanya sekadar cinta.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP