tentang kita

Tuesday, September 13, 2005

Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar memerhatikan kembali apakah amal perbuatan yang dilakukannya mendatangkan manfaat untuk kehidupan akhirat atau sebaliknya. Jika terdapat pada amal perbuatannya sesuatu yang diyakini bermanfaat untuk kehidupan akhirat maka dia patut bersyukur. Akan tetapi, jika tidak, maka dia patut menyesali dan segera bertaubat kepada Allah SWT.



Seorang yang beriman dan berakal seharusnya lebih bersungguh-sungguh menghisab diri dan perbuatannya. Kerana semua itu berkaitan dengan kesengsaraan atau kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat. Imam Al-Ghazali berkata, ''Ketahuilah jika seorang hamba memiliki waktu di pagi hari untuk mendengarkan nasihat-nasihat kebenaran, maka seharusnya dia juga memiliki waktu di petang hari untuk menghisab dirinya. Dia mesti merenungi kembali seluruh gerak-geri dan perbuatannya sepanjang hari. Ke mana saja dia bergerak, sehari itu, dalam perkara apa dia bergerak, dan untuk tujuan apa pula dia bergerak?''



Nabi Muhammad SAW beristighfar setiap hari kepada Allah sebanyak 100 kali. Padahal Baginda adalah maksum dan mahfudz, yakni dijaga oleh Allah SWT dari perbuatan dosa baik yang kecil mahupun besar. Kerana itu, kita sebagai makhluk yang setiap hari tak luput dari alpa dan dosa sudah semestinya melakukan muhasabah dan bertaubat. Semoga kita selalu mendapat perlindungan dan petunjuk dari Allah SWT.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP