tentang kita

Thursday, September 8, 2005


Senyuman



Ketika kamu kesal, marah, tersinggung, tertekan dan perasaan-perasaan lain yang buruk, lantas ada seseorang yang menghadiahkan senyuman kepadamu. Bukan senyum sinis, bukan senyum dipaksa-paksa, bukan juga senyum orang tak waras. Tapi senyuman tulus yang datang dari hati. Tentu akan berbeza dengan senyum-senyum yang lain. Kamu dapat merasakannya. Kerana, sesuatu yang datang dari hati akan sampai ke hati juga.




Kesalmu, marahmu, seketika itu akan cair kerana senyuman itu, bukan? Itulah senyum. Ia punya banyak erti. Menguatkan, memotivasi, menerima, kegembiraan, kehangatan dan sokongan.



Selayaknya jika Rasulullah SAW bersabda, ''Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah, pemberian tak ternilai daripada seseorang kepada saudaranya.''



Juga Allah SWT mengisyaratkan dalam QS Abasa, bahawa calon penghuni syurga itu mukanya berseri-seri penuh senyuman, berbanding dengan calon penghuni neraka.



Hiasilah wajahmu dengan senyuman. Untuk ketentraman hatimu dan saudaramu!

1 ulasan:

Anonymous Tuesday, September 13, 2005  

..tulislah sesuatu dari hati,kerana apa yg dari hati akan sampai ke hati juga..

..masa apple mula2 start blog dulu ader one of the blogger (unsunghero)bg statement tu kat apple.dan bila apple baca entri brad pasal senyum ni apple setuju.bila kita senyum dengan ikhlas dan dari hati mesti ianya akan sampai ke hati juga..

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP