tentang kita

Sunday, September 4, 2005



APA YANG KITA TUNGGU?



Cinta itu sama seperti orang yang menunggu bas. Sebuah bas datang dan kamu berkata, ''Wah, terlalu penuh, sempit, aku tak akan dapat duduk! Tunggu bas yang lain ajelah.''



Kemudian, bas berikutnya datang. Kamu melihatnya dan berkata, ''Hmm, tak best la bas ni, nampak buruk je. Tunggu yang lain ah.''



Bas selanjutnya datang, kamu berminat, tapi bas tersebut tidak berhenti dan berlalu begitu saja.



Bas keempat berhenti di depan kamu. Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu berkata, ''Tak ada air-cond bas nih, kepanasan aku nanti.'' Maka kamu membiarkan bas keempat itu pergi.



Waktu terus berlalu, kamu mulai sedar bahawa kamu akan terlambat sampai ke pejabat.



Ketika bas kelima datang, kamu sudah tak sabar, kamu langsung melompat masuk ke dalamnya. Setelah beberapa lama, kamu akhirnya sedar bahawa kamu telah menaiki bas yang salah. Bas tersebut menghala ke arah yang bukan kamu tuju! Dan kamu baru sedar bahawa telah mensia-siakan begitu banyak waktu.





Sering kali seseorang menunggu orang yang benar-benar 'ideal' untuk menjadi pasangan hidupnya. Sedangkan tidak ada orang yang 100% ideal seperti yang kita impikan. Dan kamu juga sekali-kali tidak akan pernah mampu untuk menjadi 100% sesuai keinginan orang lain.



Tidak salah memiliki 'syarat' untuk 'calon', tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang ada di depan kita.



Tentunya dengan arah yang sama seperti yang kita tuju. Apabila ternyata memang tidak sesuai, apa boleh buat. Tetapi kamu masih boleh berkata ''kiri'' dan keluar dengan sopan.



Maka memberi kesempatan kepada yang berhenti di depanmu, semuanya bergantung pada keputusanmu. Daripada kita harus jalan kaki sendiri menuju destinasi, dalam erti kata lain menjalani hidup ini tanpa kehadiran orang yang dikasihi.



Cerita ini juga bererti, jika kebetulan ada bas yang kosong, kamu sukai dan boleh kamu percayai, dan tentunya sehala dengan tujuan kamu, kamu dapat berusaha seboleh mungkin untuk menghentikan bas tersebut di depan kamu, agar ia dapat memberi kesempatan kepada kamu untuk masuk ke dalamnya. Kerana menemukan yang seperti itu adalah suatu berkat yang sangat berharga dan sangat bererti. Bagi kamu sendiri, dan bagi dia juga. Lalu bas seperti apa yang kamu tunggu?

1 ulasan:

Anonymous Thursday, September 15, 2005  

hi..brad! hado mkn dalam tul bace text nih..cam kna batang hedung sendrik jek.why am too choosy..?

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP