kerana kau perempuan! untukmu seorang adik... (ii)

Thursday, April 21, 2005

Sekali lagi, syukur tak terhingga kepada-MU Maha Pencipta – kerana dengan izin-MU jua aku mampu untuk melihat seorang perempuan, seorang adik, seorang srikandi bangkit kembali setelah tersungkur.

Adik; kerana kau perempuan… Beberapa hari kebelakangan ini, sejak mendapat khabar duka tentangmu, banyak persoalan yang bertandang di benak ini. Aku sebolehnya tidak mahu bertanya mengapa dan kenapa, kerana segala apa jua yang berlaku adalah dengan kehendak-Nya. Namun, kita ini manusia biasa. Biarpun jawapan pasti tak ditemui, sekurang-kurangnya ada pengajaran, ada hikmah yang dapat diambil dari setiap kejadian.

Adik; kerana kau perempuan… Jatuh bangun tatkala kau melangkah adalah sebahagian daripada kehidupan ini. Bukankah kau juga telah diajar untuk bangun setiap kali jatuh. Biar parah terhempas, kau mesti bangun! Tak mampu berdiri, merangkak pun tidak mengapa. Asalkan kau tidak membiarkan diri terjelepok tidak bermaya.

Adik; kerana kau perempuan… Hari ini kulihat kau sudah mula senyum kembali walau tak semanis dahulu, walau tak seceria sebelum ini. Sesekali aku dengar ada tawamu menghias sunyi. Tidak mengapalah, daripada kau terus membisu seribu bahasa.

Adik; kerana kau perempuan… Aku tak tak mahu menafikan emosimu mudah terganggu, kekuatanmu tidak menentu. Kekuatanmu adalah kelemahanmu dan kelemahanmu itu adalah kekuatanmu. Namun, aku tahu ada kalanya kau sendiri kehilangan punca, tak tahu dan tak mampu untuk membeza antara kaca dengan permata. Atau, apa yang aku rasa kau sebenar-benarnya tahu tentang segala, tetapi kau tak mampu lari dari belenggu dilema. Lalu kau terperangkap, kau tersekat – maka aku kira ketika itu tindakanmu di luar kawalan.

Adik; kerana kau perempuan… Malu adalah sumber kekuatanmu. Tapi kau tak perlu malu denganku, kerana aku lelaki! Aku memang tak mampu untuk sentiasa mencoret sesuatu sebagai tatapanmu. Namun itu bukan bermakna kau terpinggir atau aku sengaja mencipta alasan. Aku tak akan lupa berdoa untuk diriku, untukmu, untuk seluruhnya… agar sentiasa di bawah lindungan-Nya, agar sentiasa mendapat nur-Nya.

Adik; kerana kau perempuan… Sesungguhnya aku bersyukur kerana Maha Pemurah ‘mengembalikan’ kau ke pengkuan semua. Untuk kau teruskan perjuanganmu, untuk terus menjadi srikandi…

3 ulasan:

Anonymous Saturday, April 23, 2005  

Coretan demi coretan ditatapi... walau bukan brother seibu sebapa.. namun seolah memahami apa yg bersarang dijiwa - sejak 6 purnama lalu.. selain kalam Allah dan tazkirah teman, Blues Selamanya menjadi santapan dan minuman jiwa yg sepi... hanya Allah mengetahui peritnya menjadi adik yg kecundang.. namun terima kasih diucapkan atas semangat yg dihulurkan.. akan kubawa bersama ke Makkah dan Madinah 4 Mei ini... Doakan adikmu brad, diterima sbg tetamu Allah Yang Maha Agung. Moga dapat kembali sebagai muslimah solehah yg menyintai Allah dan dicintai Allah... Moga cinta pd Yg Maha Esa mampu mengusir kesepian diri... Insyaallah.

Anonymous Saturday, April 23, 2005  

salam roadrunner:-
antara kita sebenarnya ada ikatan nan tersimpul rapi, ada janji nan terpatri... untuk saling ingat mengingati. selagi esok masih ada mentari, selagi bulan tampak berseri, hubungan antara kita tak pernah mati.
alhamdulillah dik, kerana kau memilih sesuatu yg benar-benar bererti utk mengisi kekosongan yg kau miliki. syukur, mudah2an adik kau akan bertemu lebih ketenangan di Tanah Suci. hanya doa diiringi. jaga diri baik2, walau di mana kau berada...

Anonymous Wednesday, February 21, 2007  

Looking for information and found it at this great site... »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP