kerana kau perempuan! aku lelaki...

Friday, April 29, 2005

:: Kecantikan Lelaki ::
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik…
:: Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
:: Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran.
:: Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
:: Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada.
:: Adalah lelaki yang baik sangka.
:: Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


:: Kegagahan Wanita ::
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah…
:: Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
:: Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
:: Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan.
:: Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

4 ulasan:

Anonymous Saturday, April 30, 2005  

Apakah mungkin seorang wanita yg pernah kecundang berdampingan dgn seorang lelaki yg 'cantik' - bolehkah mempunyai impian berdampingan pasangan hidup yg menyintai Allah dan dicintai Allah ... Brad? kalau sudah bangkit berjuang semula demi kalimah Allah, tak salahkan jika bercita2 dimiliki lelaki sedemikian agar hidup lebih terjamin dunia akhirat?
- Takut utk terus mengharap kerana takut berasa sepi di celah keriuhan... sungguh menyiksakan...

BraderMacho Saturday, April 30, 2005  

salam dik...
mmg ada ungkapan; perempuan 'gagah' utk lelaki 'cantik', namun itu hanyalah satu ukuran. kita tak tahu apa takdir utk kita. malah utk saat mendatang pun kita tak akan tahu. 'gagah' dan 'cantik' itu di dalam diri, maka utk menilainya pandanglah dgn mata hati. insyaAllah lelaki 'cantik' akan negggunakan anugerah mata hatinya. kecundang bukan berakhir segalanya. kecundang bukan bererti tidak boleh bangkit kembali. malah, yg mampu bangkit itu adalah salah satu ciri perempuan 'gagah'.
tak ada salahnya mengimpikan sesuatu, tambahan sesuatu yg baik. ada impian, ada cita2 ada wawasan... maka akan lebih jelas jln yg nk kita lalui. berimpian, berharap, berdoa, bertawakal... insyaAllah mudah2an apa jua yg datang akan kita terima dgn redha. moga sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Anonymous Sunday, May 01, 2005  

Salam pd Brad... Mengalir air mata menatap titipan Brad.Bukan mengharap simpati. Adakala semangat sgt jitu utk terus bangkit berjuang menongkah arus usia yg meningkat dan pelbagai dugaan dunia yg seringkali menyentap kembali semangat dan pudar semula. Semoga sentiasa betah utk terus berjuang membaiki diri utk 'kembali' anggun dan 'gagah' seperti zaman silam yg gemilang

Anonymous Wednesday, April 25, 2007  

Very nice site! » »

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP