kerana kau perempuan! untukmu seorang adik...

Sunday, April 17, 2005

Syukur atas segala limpah kurnia-MU, atas segala rahmat-MU, atas segala redha-MU… dan atas lindungan-MU kepada seluruh hamba. Tak terucapkan, bagaimana harus digambarkan atas segala nikmat Maha Pencipta.

Ini catatan untuk seorang adik, dan… juga sebenarnya untukmu sekalian adik-adik insan awek-awek. Dalam dunia fana ini you all we all tak boleh lari dari dua perkara. Apa saja yang you all we all lakukan, pasti akan bertemu dengan dua perkara, dua hal. Dua perkara yang berlawanan, dua perkara yang mempunyai impak berlainan, dua perkara yang you all we all mungkin akan pilih salah satu daripadanya.

Namun, ada perkara yang akan datang tanpa dipilih. Hidup lawannya mati! Kenapa you all we all hidup dan kenapa you all we all mati? Hidup kerana-Nya dan mati juga kerana-Nya.

Adik, kerana kau perempuan… hidupmu penuh dengan dugaan – sejak dulu, kini dan mungkin juga selamanya. Aku tahu, sepanjang-panjang jalan penuh derita ini kau asyik bertanya, mengapa dan kenapa kau alami sedemikian rupa. Aku tak ada jawapannya! Hanya Maha Pencipta Maha Mengetahui, dan aku pasti kau tahu akan semua itu.

Adik, kerana kau perempuan… puluhan tahun kau gagah meredah jalan berliku, penuh onak dan duri, disirami caci dan maki, tak lekang dek sepak terajang. Aku cuma simpati, tak mampu untuk kucuci seluruh luka hatimu. Kau kuat bertahan hampir sepanjang usia, namun jangan pula kau kecundang di hujung jalan, lalu membiarkan perjuangan hidupmu selama ini sia-sia. Aku tahu, kau tahu bahawa Tuhan Maha Mengasihi Maha Mengasihani. Namun atas segala derita yang diberikan ini, bukan bermakna tiada lagi kasih sayang untukmu. Memang mungkin kau lihat tiada sesiapa menyayangimu dalam kehidupan sepi ini, tapi aku tahu kasih sayang sentiasa subur dalam hatimu.

Adik, kerana kau perempuan… aku tahu kau kesepian walau kau berdiri di tengah keriuhan. Senyummu entah apa maknanya, gurau-sendamu sukar dibaca… tapi, aku tahu ada sejuta rahsia tersembunyi di sebalik jasadmu. Semalam, kau tersungkur! Tersungkur dek kekuatan yang semakin pudar. Sejuta doa kepada Maha Pengasih lagi Maha Penyayang moga kau bangkit semula.

Adik, kerana kau perempuan, aku tak mahu kau menjadi srikandi kecundang!

4 ulasan:

Anonymous Tuesday, April 19, 2005  

Assalamualikum... Well bila baca nie rasa mcm tempias pd dirik sendirik.. Pd bbroter, mungkin coretan mingguan.. well pd dirik ini sbg satu motivasi luar.. Moga srikandi ini jika boleh dipanggil srikandi mempunyai impian utk mampu bangun semula seperti hari semalam yg gemilang...

ps - senantiasa sepi di tengah keriuhan

Anonymous Tuesday, April 19, 2005  

assalamualaikum...

dalam lena atau jaga...
kadangkala terlalu sukar untuk memenuhi kehendak hati sendiri apatah lagi kehendak insan yang berada disisi...
dengan kekuatan yang masih bersisa, kaki kan terus melangkah...
harapan dan sekudus doa akan terus disandarkan...
kerana keyakinan itu berkata...
pasti mentari kan bersinar jua...

Anonymous Friday, April 22, 2005  

orang seblom nih dah bagi salam.. saya jawab yerk.. waalaikum salam.. hehe...
srikandi...
agak sukar untuk digapai tapi tak mustahil... :)

Anonymous Friday, April 22, 2005  

salam utk semua!

roadrunner:-ada kala sepi mencengkam, kita tak mampu meluahnya dlm bentuk ungkapan, hanya terbuku biarpun itu bukan kemahuan.

kelip2senja:- tak akan ada sesiapa yg lebih mengerti selain Maha Mengetahui apa yg ada di dlm hati. adakala kita mampu lepaskan keluhan, ada waktu ia terpaksa dipendam.

srikandi berjuang utk diri sendiri sblm melangkah seribu arah... moga kalian sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP