kerana kau perempuan!
Wednesday, April 13, 2005
kerana kau perempuan!
kutabur kasih sayang
kuletak sejuta harapan
kau perempuan insan terbilang
lembut takkan kecundang
selagi iman kukuh dipegang
kerana kau perempuan!
kubiar kau memilih
antara hitam atau putih
kubiar kau meraih
antara gembira atau sedih
kau perempuan boleh
melangkah walau merintih
selagi hati putih bersih
kerana kau perempuan!
kuberi kasih biar kau tak tersisih
kubiar memilih agar kau mampu bertatih
aku lelaki!
melihat kau perempuan
dalam sejuta keriangan
ada satu tangisan...
1 ulasan:
This is very interesting site... nutritional supplements Weatherby big game master accuracy 1993 honda civic engine swap Edina eye physicans surgeons kia Older dodge charger Trigeminal neuralgia treatment neurontin
Post a Comment