Catatan Penutup iv

Tuesday, March 3, 2009


pada noktah terakhir ini
bukan menutup rasa cinta kepadamu
bukan kukunci gerbang hati untukmu bertamu
pada batas tanpa batasan
telah terhurai segala kesimpulan
bahawa, tiada itu bukan bererti kehilangan
ada dalam tiada tetap sebuah kehadiran
sebelum noktah sampai ke noktahnya
ayat-ayat tak sempurna tetap tak sempurna
maka... ada dan tiada apakah bezanya?


~ andai kusimpul dan kususun awan menjadi ayat-ayat di lembaran dada langit membiru itu, sempurnakah ayatku nanti?

Read more...

Catatan Penutup iii

Monday, March 2, 2009


ketika salam terakhir ingin diucap
ada sejuta satu rasa meresap
ini bukanlah kalimah nan berat
jua bukan beban nan sarat
namun tentang rasa yang tak terungkap
kerana ketidak-sempurnaan ini telah lengkap
maka, apa lagi yang kita harap?

Read more...

Catatan Penutup ii

Sunday, March 1, 2009

ketika kubuka salam pada tujuh musim lalu
terpatri harum ikatan pada setiap sukmamu
tujuh penjuru alam saksi salam kasih bertamu
demi masa... ini bukan mahuku, bukan jua pintamu
ketika perjalanan semakin jauh
tatkala sudah lali dengan bangun jatuh
disulam dengan begitu banyak hati nan tersentuh
kutunduk bersimpuh mengundur diri
dengan ungkapan rasa, cukup sampai di sini

Read more...

Tag: Ann

Monday, February 16, 2009

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10… PERKARA TENTANG ANN


1. Ada tahi lalat timbul kat tepi batang idung. Aku pernah tanya tak nak operate buang ker – Ann kata dia sayang tahi lalat tu. Identiti dia!

2. Tak banyak cakap. Dia suka dengar orang bercakap. Risau jugak bila bersembang dengan dia, senyappp jer… kot-kot kita cakap-cakap dia tido! Sebab…

3. Aku tahu dia sukaaaaa TIDO! Walaupun dia suka tido, tapi…

4. Aku selalu dengar dia payah nak tido memalam. Kadang-kadang dia kata dia terkebil-kebil dalam gelap sampai dinihari. Lepas tu kat opis mamai-mamai.

5. Kadang-kadang cara cakap dia kasar. Perkataan yang selalu keluar… “SEPAK KANG!” Tapi kasar gitu pun, Ann ni…

6. Penyedih, cepat terasa, sensitif. Atau… cepat merajuk jugak la, cuma dia tak tunjuk. Kalau nak tahu cuba renung ke dalam mata dia (kalau ada peluang la… kenyit-kenyit mata pun ok kot… ehehehe!)

7. Selain tido, Ann suka makan-makan. Tapi skang dia diet… eheheh! Aku suka tengok dia makan sebab dia hayati makanan penuh perasaan. Maka dengan itu kalau dia makan, memang lambat macam siput – sibutband la katakan!

8. Suka asam-asam, suka masam-masam, suka mangga muda, jeruk segala jeruk – dia makan macam makan nasik!

9. Ann juga seorang yang suka la tengok citer Hindustan – berguling-guling kat lantai depan TV. Puas aku suruh tengok citer Tamil, sebab Tamil lagi best daripada Hindustan. Tau dia kata apa? “Sepak kang!”

10. Ann suke kaler pepel.

Laa… dah 10 dah? Baru tulis intro dan habis la pulak. Ni ada balance 888 lagi pasal Ann ni nak letak mana ntah – ada sambungan tak tag nih? Eheheheh….



Novel yang dia suke? Humm… takat ni kira yang terbaru la dia baca novel-novel Ramlee Awang Murshid.



Lima benda yang aku sayang? Sama seperti yang tertulis dalam tag Ieba. Sekian, terima kasih.

Read more...

Tag: Ieba

Friday, February 13, 2009

10 PERKARA TENTANG IEBA!


Ini Ieba... dia seorang wanita. Pun begitu dia... dia adalah SENGAL!


1. Yang aku tahu Ieba seorang perempuan.
2. Ieba sudah tentulah bukan seorang lelaki.
3. Aku tak pernah tengok Ieba pakai kebaya.
4. Tiap kali jumpa Ieba, dia pakai seluar ngan t-shirt jer.
5. T-shirt kegemaran dia kaler MERAH!
6. Penyokong MU! Kalau MU kalah pun sebab dia la yang sokong!
7. Suka memanjat.
8. Dia sayang giler kat abang dia yang seorang itu.
9. Tak lama lagi dia akan dapat kakak ipar!
10. Ieba seorang yang sengal!

Ni baru 10, kalau ikutkan ada 1 juta lagi benda nak tulis. Cukup la ye… sebab kalau tulis sampai 2 juta pun semuanya berkaitan dengan Ieba yang sengal jer.

Novel kegemaran Ieba: Cara-cara Memansang Pemancar Agar Line Telefon & Broadband Clear!

5 benda yang aku sayang:-
(Siapa la yang memula buat tag ni… apasal 5 BENDA je? Buat la 1001 benda!)


1. MyKad – tak sayang benda ni tak layan dipanggil warganegara!
2. Kad ATM – sayang la, kalo tak nak cucuk duit gaji macam mana!
3. Kunci kereta, motor & rumah – ada kereta, motor & rumah takde makna kalau takde kuncinya!
4. Baju & seluar – takde benda ni memang la sengal ek?
5. Kopiah yang seorang kawan kait sendiri dah lebih 20 tahun usianya. Dah dua kali kopiah ni ghaib tapi jumpa balik. Skang ni ghaib balik, mintak-mintak jumpa la nanti. Kalau tak jumpa ada sesiapa nak hadiahkan kopiah lain kat aku? Eheheheh...


[Disebabkan aku ni pemalu dan low-profile, jadi takde sesiapa la yang aku nak tag. Hehe...]

Read more...

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP