Kerana Kau Perempuan
Saturday, March 1, 2008
sepi hatimu sepi
kudatang bersama sejuta mimpi
setiap yang terluah bagai janji
pada sebuah ikatan terpatri
pilu hatimu pilu
kudatang membawa segumpal rindu
menganyam rantaian kasih padu
aman kau dalam dakapan kasihku
sayu hatimu sayu
melihat mimpi-mimpi syahdu
aku melangkah pergi dan berlalu
walau hakikat aku ada di dalam hatimu
kerana kau perempuan
ingin kujanjikan bahagia berpanjangan
kasih sayang bergilir bagai siang malam
andai aku hilang bukan kau kutinggalkan
andai aku pergi bukan kasihku telah mati
aku lelaki... biar sejuta cinta kumiliki
terkadang harus redha dengan kenyataan hakiki
mungkin inilah satu-satu cinta sejati
yang pernah kumiliki
0 ulasan:
Post a Comment